Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

15 May 2014

Masa Pun Pergi

kalau masa kecik-2 dulu ,
lebih kurang masa umur 14 tahun . time form 2 .

kalau datang rumah
mak-2 sedara .
makbong , makngah , makcik dan seangkatan yang lain .

diorang mesti akan cakap :
"umang ai , dah bosar dah ekau ni yo ! maghin kooociiiik yo . 
dah hensem dah ha ! (ini penambahan) ."

translate :
"fuyooo . dah besar dah kau sekarang kan , dulu kecik je . 
dah hensem dah ha ! (ini penambahan) ."

itu antara dialog yang popular 
dalam kalangan usia yang lebih berumur 

kepada kita yang bergelar 'remaja' .

dan hari semakin hari pun berlalu .

----------------------------------------------------------------------------------------↓ (masa pun berlalu)

masa aku dalam perjalanan nak pulang ke rumah tadi .
aku terserempak dengan 
seorang budak kawasan perumahan aku .
yang sekali main bola sama-2 dulu , (sekarang dah jarang)

aku tengok seluar sekolah dia
dah warna hijau pekat .

maksudnya ,
ya ! dah besar dah dia sekarang .
dah menengah dah .

dan aku dah pun umur 20 tahun .

look how time flies .

and life is funny ,
when you change yourself  
360 degree .

sebab .
kau tak ubah apa-2 pun dalam hidup kau .
sebenarnya .

dan kau sangka
kau dah ubah diri kau .
360 darjah .

kan berpusing je tu .
balik tempat asal .

macam dalam lagu tiga segi je :
"kau ibarat... terperangkap di tengah lautan . 
tak tahu mana arah untuk kau menuju . "

nak kata solat . hmmm .
nak kata mengaji Al-Quran . hmmm .
nak kata berubah ke arah yang baik . hmmm .

hmmm
hmmm
hmmm .

itu jelah yang kau mampu .

dan masa pun cakap "bye-2 ! " je dekat kau .

--------------------------------------------------------------------------------------------- ↓ (dan berlalu)



tau-2 , dah pun umur 80 tahun nanti .
kau still post benda yang sama .

haha . this life is funny right ?

nak tau sebab apa 
kalau berubah .
tapi tak lama ?

nak tau ?

sebab kita berubah , 
tapi kita 
tak istiqamah .
tak setia dalam berjuang .
tak tetap pendirian .

macam mana ikhlas tu nak datang .

sebab tu lah . 
kau terus maintain dengan hidup yang macam ni .

nothing .
fuh .

----------------------------------------------------------------------------------------------- ↓ (dan pergi)



dan 
mati .

----------------------------------------------------------------------------------


ada dua masa yang paling ditakuti 
oleh orang mukmin :

1. masa lalu
2. masa akan datang 

kedua-2nya ditakuti kerana :
"adakah amal dan ibadahku diterima oleh Allah pada dua masa tersebut ?"

kau pun
bangun dari tidur .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

No comments:

Post a Comment

Copyright© Ilustrasi Nashrul