Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

25 May 2014

I'm collecting for someone who doesn't

tadi ada satu cerita .
yang bukak mata dan hati aku dalam masa tak sampai 2 minit .

masa dalam bilik dekat satu hotel brand lah jugak .
ketua dia ada bagi taklimat
tentang interviewlah kan .

dia cakap dalam bahasa inggeris tapi aku translate kan :
"kamu tak perlu risau tentang temuduga ni , dia nak tahu apa yang kamu boleh buat je . dan ada benda yang perlu kamu bawa dalam bilik interview nanti . iaitu IC je , tak perlu bawak benda lain . tapi ada cerita , ada seorang tu siap bawak dua beg kiri dan kanan .... "

belum habis lagi ketua tu cakap , kami semua dah tergelak-2 .
dan dia sambung :
"mungkin kamu semua boleh gelak apa yang saya cakap ni . tapi kalau tahu apa yang sebenarnya berlaku sampai dia kena bawak dua beg sekali nak pergi temuduga . kamu akan menangis . "

semua terdiam dan fokus mendengar .

"dia datang dari jauh , datang-2 dengan pakai seluar pendek . masa tu dia terlambat untuk datang ke temuduga dan dia datang dengan teksi . dia terpaksa bawak dua beg tu sebab dalam beg tu ada pakaian untuk temuduga siap bekal makanan semua complete dalam tu . dan dia tukar di hotel ni jugak sebelum temuduga . dia bukan orang yang berada macam kita ni . "



Rasulullah S.A.W bersabda :
"Setiap Muslim hendaklah melakukan sedekah", 
Seorang sahabat bertanya: 
“Bagaimana jika ia tidak menemuinya (tidak mampu)? 
Nabi menjawab: 
"bekerja dengan tangannya yang memberi manfaat untuk dirinya dikira satu sedekah , "
Sahabat itu bertanya lagi: 
“Bagaimana jika ia tidak boleh? 
Nabi saw menjawab: 
"menolong orang yang sangat memerlukan pertolongan ". 
Sahabat itu bertanya lagi: 
“Bagaimana jika ia tidak boleh?
Nabi menjawab: 
"Ia menyuruh kepada yang ma’ruf atau kebaikan", 
Sahabat itu bertanya lagi: 
“Bagaimana jika ia tidak melakukannya? 
Nabi menjawab: 
"Ia mesti menahan diri dari melakukan kejahatan kerana ianya adalah sedekah. " 

(HR. Bukhari dan Muslim)

jom jadi kaya untuk tolong orang miskin ?
tak jadi kaya pun tak mengapa , 
yang penting ada hati yang suka membantu . :)

berilah kerana ia satu benda yang susah untuk kita merelakan ia pergi setelah kita yang mengusahakannya dan pertolongan Allah . 

bersedekahlah .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

No comments:

Post a Comment

Copyright© Ilustrasi Nashrul