aku kadang-2 pelik dan tertanya-2 .
kenapa perlu adanya status yang sebegini sejurus selepas terhebahnya DNA babi di dalam dua produk Cadbury :
"Kerajaan keluarkan kenyataan Cadbury haram , terus ramai tak makan tak beli .
Al-Quran beritahu , dedah aurat haram dari dulu , kenapa tak tutup lagi ? "
dah tu , apa masalahnya
kalau mereka tinggalkan makanan yang haram ?
bukankah syariat islam
menyeru juga supaya meninggalkan makanan yang haram ?
then , what's the problem ?
memang betul cara kita nak menegur , tapi
jangan menegur sesuatu yang boleh orang lain tinggalkan terus kedua-2nya sekali .
dah elok-2 dia nak
tinggalkan makanan yang haram ,
tiba-2 kita datang menyerang dengan kesalahan yang sedang dia lakukan dalam pada dia nak buat satu kebaikan yang lain .
nak berubah ni bukan mudah
macam nak petik jari je .
slow-2 .
kalau nak berdakwah .
mudah je :
1.Amar ma'ruf
2.Nahi mungkar .
suruh perkara yang baik , cegah benda yang buruk .
bukan
cegah benda yang buruk tapi perli dengan kebaikan yang dia buat .
tinggalkan makanan yang haram , benda baik tu kan ?
biarlah dia tinggalkan .
sepatutnya kita galakkan dia buat benda yang baik tu .
soal aurat , kita tegur , haram tetap haram .
tapi yang nak bagi dia hidayah , bukan tugas kita .
hidayah tu milik Allah .
bukan kerja kita nak memaksa-2 orang tu untuk berubah .
soal hati ni , Allah yang jaga .
jadi ,
hati-2lah dalam berdakwah .
moga-2 kita bukan penghalang kebaikan orang lain .
moga-2 kita bukan punca keburukan orang lain .
seronok berdakwah ?
jangan lupa hikmah dalam berdakwah .
No comments:
Post a Comment