Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

29 May 2014

Belajarlah Erti Setia

korang suka bercinta kan ?
meh sini aku nak bagi analogi sikit . versi filem punya . versi cinta lama .
baca dengan nada bahasa baku .

Action .
*muzik sedih autumn in my heart-reason instrumental*



Sifulan : 
apa kau fikir ... aku ni , bersama kau hari-2 , semata-2 nak tunggu kau jawab yang " kau dah ada yang lain " ??!! begitu ??!!

Sifulanah : 
tidak sama sekali...

Sifulan : 
habis kerana apa ??!! 

Sifulanah :
aku sudah tidak tahu bagaimana harus aku lakukan kerana hatiku miliknya .
lepaskan aku . :)

Sifulan :
huh ! begitu mudah engkau melafazkan kata-2 , aku fikir engkau hanya bergurau mungkin ? Sifulanah ?

Sifulanah : 
tidak , aku tidak bergurau . ini kad jemputan perkahwinan ku .
*tiba-2 masuk lagu gerimis mengundang 
"aku sangkakan itu hanyalah gurauan , nyata kau serius dalam senyuman"*

Sifulan :
bukan sekejap denganmu , bukan mainan hasratku , inikah balasan kau selepas apa yang aku berikan selama ini ?

Sifulanah :
maafkan aku wahai sifulan , aku tak mampu bertahan untuk menipu hatiku sendiri .

Sifulan :
apakah sebenar yang terjadi , hingga kau bersikap demikian ??!!
*tiba-2 masuk lagu seribu kali sayang
"aduhai tak sanggup ku kenangkan , semua telah nyata , cintamu gurauan , datang dan hilang semahu hatimu . "

Sifulan : 
Allaahuakbar . *sambil menangis* 

dan akhirnya , Sifulanah pun berlalu pergi . dan berakhirlah kisah cinta SS .

tapi biarkan dia . bukan itu yang aku nak 'highlight' kan .
Subhanallah . Maha suci Allah dari segala perbandingan .

macam kitalah kan , manusia .

ramai orang boleh cakap , 
"aku boleh berubah ." 
"aku xde hal lah nak berubah ."
"setakat berubah , apalah sangat ."

ramai sangat .

tapi 
berapa ramai yang kekal dengan perubahan tu ?
berapa ramai yang tetap setia dengan perubahan yang dia buat ?
berapa ramai yang tinggalkan perangai dia yang lama ?
berapa ramai yang tetap berkorban untuk setia dalam perjuangan dia nak menuju kepada Allah ?

berapa ramai ?

macam sifulanah tadi ,
dia nampak je ada lelaki lain yang kononnya lebih terjamin masa depan dia .
dia berubah hati .

macam kita .
kita nampak je benda yang kononnya boleh buat kita 'happy' .
kita terus jatuh dalam nafsu , dalam godaan syaitan , dalam godaan manusia , dalam segala-2nya yang ada di dunia , 

yang hanya akan menarik kita
jatuh ke dalam gaung neraka .

tetap teguhlah dalam perjuangan perubahanmu 
wahai muslimin 
wahai muslimah 

kerana kita kita hanya ada satu perjuangan , 
mendapat cinta yang sebenar-2 cinta .
Cinta Ilahi .

belajarlah menjadi orang yang setia . 
dan rela berkorban . 

ISTIQAMAH .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

No comments:

Post a Comment

Copyright© Ilustrasi Nashrul