Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

31 May 2014

Tetapkan Hatimu Kawan

sekarang ni tak kira siapa .
kau ke , aku ke , siapa pun kau .

kita semua dalam keadaan yang bahaya , dunia sekarang dah nak kiamat .
penuh dengan tipu daya ,
penuh dengan kekeliruan .
penuh dengan perselisihan ,
penuh dengan ego ,
penuh dengan pendapat sendiri .

membelakangkan Al-Quran dan As-Sunnah . inilah jadinya .

kita seolah-olah dah tak tahu ,
mana satu yang betul , mana satu yang salah .

aku , Mohd Nashrul Hafiz Bin Mohammad Nor menyeru ,
agar kita banyak-2kan berdoa kepada Allah 
agar kita tetap berada di atas 
jalan yang lurus .
jalan yang Allah redha .
jalan Rasulullah .
-----------------------------------------------------------------------------------------
ANTARA DOA YANG NABI MUHAMMAD S.A.W AMALKAN
-----------------------------------------------------------------------------------------

1. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”

(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

2. اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.”

(HR. Muslim)

3. رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“Ya Tuhan kami, 
janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan 
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, 
dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; 
karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”

(QS. Ali Imran: 7)

------------------------------------------------------------------------------------------------
tolonglah , amalkan doa ni selalu .
hafalkan dan fahamkan maksud betul-2 .

supaya kita faham apa yang kita minta pada Allah .

agar hati kita tetap teguh wahai saudaraku .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

29 May 2014

Belajarlah Erti Setia

korang suka bercinta kan ?
meh sini aku nak bagi analogi sikit . versi filem punya . versi cinta lama .
baca dengan nada bahasa baku .

Action .
*muzik sedih autumn in my heart-reason instrumental*



Sifulan : 
apa kau fikir ... aku ni , bersama kau hari-2 , semata-2 nak tunggu kau jawab yang " kau dah ada yang lain " ??!! begitu ??!!

Sifulanah : 
tidak sama sekali...

Sifulan : 
habis kerana apa ??!! 

Sifulanah :
aku sudah tidak tahu bagaimana harus aku lakukan kerana hatiku miliknya .
lepaskan aku . :)

Sifulan :
huh ! begitu mudah engkau melafazkan kata-2 , aku fikir engkau hanya bergurau mungkin ? Sifulanah ?

Sifulanah : 
tidak , aku tidak bergurau . ini kad jemputan perkahwinan ku .
*tiba-2 masuk lagu gerimis mengundang 
"aku sangkakan itu hanyalah gurauan , nyata kau serius dalam senyuman"*

Sifulan :
bukan sekejap denganmu , bukan mainan hasratku , inikah balasan kau selepas apa yang aku berikan selama ini ?

Sifulanah :
maafkan aku wahai sifulan , aku tak mampu bertahan untuk menipu hatiku sendiri .

Sifulan :
apakah sebenar yang terjadi , hingga kau bersikap demikian ??!!
*tiba-2 masuk lagu seribu kali sayang
"aduhai tak sanggup ku kenangkan , semua telah nyata , cintamu gurauan , datang dan hilang semahu hatimu . "

Sifulan : 
Allaahuakbar . *sambil menangis* 

dan akhirnya , Sifulanah pun berlalu pergi . dan berakhirlah kisah cinta SS .

tapi biarkan dia . bukan itu yang aku nak 'highlight' kan .
Subhanallah . Maha suci Allah dari segala perbandingan .

macam kitalah kan , manusia .

ramai orang boleh cakap , 
"aku boleh berubah ." 
"aku xde hal lah nak berubah ."
"setakat berubah , apalah sangat ."

ramai sangat .

tapi 
berapa ramai yang kekal dengan perubahan tu ?
berapa ramai yang tetap setia dengan perubahan yang dia buat ?
berapa ramai yang tinggalkan perangai dia yang lama ?
berapa ramai yang tetap berkorban untuk setia dalam perjuangan dia nak menuju kepada Allah ?

berapa ramai ?

macam sifulanah tadi ,
dia nampak je ada lelaki lain yang kononnya lebih terjamin masa depan dia .
dia berubah hati .

macam kita .
kita nampak je benda yang kononnya boleh buat kita 'happy' .
kita terus jatuh dalam nafsu , dalam godaan syaitan , dalam godaan manusia , dalam segala-2nya yang ada di dunia , 

yang hanya akan menarik kita
jatuh ke dalam gaung neraka .

tetap teguhlah dalam perjuangan perubahanmu 
wahai muslimin 
wahai muslimah 

kerana kita kita hanya ada satu perjuangan , 
mendapat cinta yang sebenar-2 cinta .
Cinta Ilahi .

belajarlah menjadi orang yang setia . 
dan rela berkorban . 

ISTIQAMAH .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

27 May 2014

Semata-mata milik-Nya jua

satu kisah yang diceritakan untuk diambil pengajaran :

"ketika dia berada dalam perjalanan di dalam kapal terbang hendak pergi ke sesuatu tempat , pramugari itu sedang mengutip derma untuk diberikan kepada anak yatim . lantas dia berhasrat untuk mendermakan sedikit sumbangan , tetapi dia melihat di dalam dompetnya , hanya tinggal RM50 sahaja . 

kemudian dia melihat orang di sebelahnya yang mempunyai duit pecah RM10-RM10 dan menyatakan dalam hatinya 'alangkah baiknya kalau aku boleh tukar duit dengan dia' , tapi tidak terkeluar dari mulutnya ,

dalam pada itu , jiwanya kuat mengatakan agar dia memberikan jua sedekah itu dan teringat akan hadis Nabi yang berbunyi 'setiap pemberian itu , ada pemberian yang lebih baik di sisi Allah' , 

lalu tanpa berfikir panjang , lantas dia memberikan wang terakhir yang ada dalam dompetnya itu .dan kosong , dia bertawakkal kepada Allah . setibanya dia di destinasi yang ingin dia tuju , tiada ada apa yang ada disisinya melainkan pengharapannya kepada Allah , 

lalu dia pergi menunaikan solat , setelah selesai solat , dia periksa dalam poketnya dan mendapati ada RM50 wujud dalam koceknya itu , kemudian dia keluar dari masjid dan dia terserempak dengan kawan lama dia , dan entah macam mana kawan lamanya bermurah hati dan memberikannya RM300 ."

dan ketahuilah ,
orang yang berada dalam situasi ini ,
sedang 

bertawakkal tinggi kepada Allah .

kita sedang merasakan 
satu perasaan yang sombong
apabila kita mengatakan segala apa yang telah tersedia di hadapan kita
kejayaan , harta benda , kesihatan , kepandaian
hanyalah hasil usaha kita semata .

Imam Al-Ghazali mengatakan ada tiga situasi yang membuatkan orang wajib bertawakkal :
1.Berhubungan dengan nasib dirinya .
2.Pertolongan Allah ketika dihadapkan ujian yang berat .
3.Rezeki yang diterima oleh manusia .

apa jadinya jika terjadi sesuatu
yang tak kau jangkakan dalam hidup kau
berlaku secara tiba-2 ?

misalnya , kita dapat berita yang mengatakan ,
rumah yang sedang kita duduki terbakar .

ada bezanya 
reaksi orang yang meletakkan Allah dalam hatinya
dengan
orang yang tidak bergantung kepada Allah .

ketika orang yang tidak bertawakkal 
kepada Allah 
meracau tak sudah , serabut fikirannya , hatinya gundah-gulana 

sedang
orang yang hatinya , bertawakal kepada Allah ,
redha dengan apa yang berlaku ,
serta yakin akan ada pertolongan Allah kepadanya .

lantas terkeluarlah 
satu perkataan yang indah
yang terlafaz dari lubuk hatinya
"Allah" .

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah 
dengan sebenar-benar tawakal, 
nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung . 
Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar 
dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang ." 

(HR. At-Tirmidzi)

tiada istilah tawakkal tanpa kehadiran usaha .

Umar Al-Khattab mengatakan :
"Mahukah kamu aku beritahukan siapakah sebenarnya orang yang bertawakkal ? "

temannya menjawab :
"baiklah "

Beliau membalas :
"Orang yang bertawakkal itu adalah orang yang menanam benih ke dalam tanah ,
lalu dia berserah diri kepada Tuhannya yang Maha Mulia dan yang Maha Agung . "

kalau kau bertawakkal kepada Allah 
hanya apabila engkau 
dalam kesusahan
rezekimu tersekat
hidupmu porak-peranda 

ini bukan tawakkal yang sebenar-2 tawakkal .
kerana baru kau merasakan perlu kepada Allah ketika kau dalam kesulitan .

letakkan Allah dihatimu , ketika senang dan susah .

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. 
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, 
maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. 
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. "

( Surah At-Talaq ayat 3 )

"orang yang bertawakkal , rezeki mereka berjalan di atas tangan hamba-hamba Allah . "
- Abu Yakkub As Sufi - 
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

26 May 2014

Baik bukan untuk dihalang

aku kadang-2 pelik dan tertanya-2 .
kenapa perlu adanya status yang sebegini sejurus selepas terhebahnya DNA babi di dalam dua produk Cadbury :



"Kerajaan keluarkan kenyataan Cadbury haram , terus ramai tak makan tak beli . 
Al-Quran beritahu , dedah aurat haram dari dulu , kenapa tak tutup lagi ? "

dah tu , apa masalahnya 
kalau mereka tinggalkan makanan yang haram ?

bukankah syariat islam
menyeru juga supaya meninggalkan makanan yang haram ?

then , what's the problem ?

memang betul cara kita nak menegur , tapi 
jangan menegur sesuatu yang boleh orang lain tinggalkan terus kedua-2nya sekali .

dah elok-2 dia nak
tinggalkan makanan yang haram ,
tiba-2 kita datang menyerang dengan kesalahan yang sedang dia lakukan dalam pada dia nak buat satu kebaikan yang lain .

nak berubah ni bukan mudah
macam nak petik jari je .

slow-2 .

kalau nak berdakwah .
mudah je :
1.Amar ma'ruf
2.Nahi mungkar .

suruh perkara yang baik , cegah benda yang buruk .

bukan

cegah benda yang buruk tapi perli dengan kebaikan yang dia buat .

tinggalkan makanan yang haram , benda baik tu kan ?
biarlah dia tinggalkan . 

sepatutnya kita galakkan dia buat benda yang baik tu .

soal aurat , kita tegur , haram tetap haram .

tapi yang nak bagi dia hidayah , bukan tugas kita .
hidayah tu milik Allah .

bukan kerja kita nak memaksa-2 orang tu untuk berubah .
soal hati ni , Allah yang jaga .

jadi , 
hati-2lah dalam berdakwah .



moga-2 kita bukan penghalang kebaikan orang lain .
moga-2 kita bukan punca keburukan orang lain .

seronok berdakwah ?
jangan lupa hikmah dalam berdakwah .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

25 May 2014

I'm collecting for someone who doesn't

tadi ada satu cerita .
yang bukak mata dan hati aku dalam masa tak sampai 2 minit .

masa dalam bilik dekat satu hotel brand lah jugak .
ketua dia ada bagi taklimat
tentang interviewlah kan .

dia cakap dalam bahasa inggeris tapi aku translate kan :
"kamu tak perlu risau tentang temuduga ni , dia nak tahu apa yang kamu boleh buat je . dan ada benda yang perlu kamu bawa dalam bilik interview nanti . iaitu IC je , tak perlu bawak benda lain . tapi ada cerita , ada seorang tu siap bawak dua beg kiri dan kanan .... "

belum habis lagi ketua tu cakap , kami semua dah tergelak-2 .
dan dia sambung :
"mungkin kamu semua boleh gelak apa yang saya cakap ni . tapi kalau tahu apa yang sebenarnya berlaku sampai dia kena bawak dua beg sekali nak pergi temuduga . kamu akan menangis . "

semua terdiam dan fokus mendengar .

"dia datang dari jauh , datang-2 dengan pakai seluar pendek . masa tu dia terlambat untuk datang ke temuduga dan dia datang dengan teksi . dia terpaksa bawak dua beg tu sebab dalam beg tu ada pakaian untuk temuduga siap bekal makanan semua complete dalam tu . dan dia tukar di hotel ni jugak sebelum temuduga . dia bukan orang yang berada macam kita ni . "



Rasulullah S.A.W bersabda :
"Setiap Muslim hendaklah melakukan sedekah", 
Seorang sahabat bertanya: 
“Bagaimana jika ia tidak menemuinya (tidak mampu)? 
Nabi menjawab: 
"bekerja dengan tangannya yang memberi manfaat untuk dirinya dikira satu sedekah , "
Sahabat itu bertanya lagi: 
“Bagaimana jika ia tidak boleh? 
Nabi saw menjawab: 
"menolong orang yang sangat memerlukan pertolongan ". 
Sahabat itu bertanya lagi: 
“Bagaimana jika ia tidak boleh?
Nabi menjawab: 
"Ia menyuruh kepada yang ma’ruf atau kebaikan", 
Sahabat itu bertanya lagi: 
“Bagaimana jika ia tidak melakukannya? 
Nabi menjawab: 
"Ia mesti menahan diri dari melakukan kejahatan kerana ianya adalah sedekah. " 

(HR. Bukhari dan Muslim)

jom jadi kaya untuk tolong orang miskin ?
tak jadi kaya pun tak mengapa , 
yang penting ada hati yang suka membantu . :)

berilah kerana ia satu benda yang susah untuk kita merelakan ia pergi setelah kita yang mengusahakannya dan pertolongan Allah . 

bersedekahlah .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

20 May 2014

Nilai Cintamu

ini bukan aku nak cerita pasal hukum ke apa .
cumanya ,

ini tentang cinta .

"Mak!!! saaaaayyyannnggg mak ! "
"Ayah!!! lllooovvveee you ayah ! "

"nah adik ada belikan hadiah yang paaaaaling besar untuk ayah dan mak !!"
"abang tak ada apa nak beli , setakat BMW ni je yang abang mampu beli untuk mak ngan ayah . "

ini ke sayang yang kau khabarkan dari hati ?
ini ke sayang yang kau ucapkan dari hati ?

jika ya .
persoalannya .
betulkah ia dari hati ?

ataupun sekadar lafaz yang 
mudah untuk diucapkan .

katanya kau sayang dia 
katanya kau cinta dia .
katanya kau takkan tinggalkan dia .

kau tipu .



aku nak tanyalah ,
berapa orang yang sanggup jaga mak bapak diorang
bila mak bapak diorang jatuh sakit ????

berapa ramai ?!!!
cakaplah !! berapa ramai ?!!

dan masa tu ,
diorang dah tak dapat nak bergerak sendiri 
diorang kencing merata 
diorang berak merata 
busuk diorang

berapa orang yang sanggup hadap ??!!!

jangan sembang kencanglah ,
kata kau sayang mak ayah kau

kalau mak ayah kau
mintak tolong sikit 
dah merungut tak tentu pasal !!

kalau mak ayah kau
suruh itu ini
kau melawan !!

jangan lupa ea , diorang pernah tau basuh berak kencing 
kita masa kita kecik dulu!!!



macam tulah jugak
kalau kau kata

"aku sayang Nabi "
"aku sayang Allah "
"aku sayang Islam "

Eh , bla la !
setakat cakap . dapat apa ??!!

apa je yang kau dah buat 
untuk buktikan yang kau
sayang Allah ?!! sayang Nabi ??!! sayang islam ??!!

kalau semayang pun
tunggang langgang !! 

nak belagak macam kau tu baik sangat !! 
"aku dah cukup baik dah"

hati tu 
hati tu !!!

aku cakap ni 
bukan bermakna aku perfect mana pun .
aku pun buat salah jugak .

cuma , fikir . fikir baik-2 .



"pilih antara dua . sama ada dia diam atau dia mengaku yang dia cinta . tapi bila kau jatuh sakit , kau dah x sesempurna dulu , kau dah hilang segalanya , dan yang mengaku cinta , hilang entah kemana . tapi dia yang diam , tekun menjagamu saat kau sulit meneruskan kehidupan dalam kesakitan . itu dia yang datang hadirkan cinta . orang yang diam itu . "



-aku juga manusia-  
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

15 May 2014

Masa Pun Pergi

kalau masa kecik-2 dulu ,
lebih kurang masa umur 14 tahun . time form 2 .

kalau datang rumah
mak-2 sedara .
makbong , makngah , makcik dan seangkatan yang lain .

diorang mesti akan cakap :
"umang ai , dah bosar dah ekau ni yo ! maghin kooociiiik yo . 
dah hensem dah ha ! (ini penambahan) ."

translate :
"fuyooo . dah besar dah kau sekarang kan , dulu kecik je . 
dah hensem dah ha ! (ini penambahan) ."

itu antara dialog yang popular 
dalam kalangan usia yang lebih berumur 

kepada kita yang bergelar 'remaja' .

dan hari semakin hari pun berlalu .

----------------------------------------------------------------------------------------↓ (masa pun berlalu)

masa aku dalam perjalanan nak pulang ke rumah tadi .
aku terserempak dengan 
seorang budak kawasan perumahan aku .
yang sekali main bola sama-2 dulu , (sekarang dah jarang)

aku tengok seluar sekolah dia
dah warna hijau pekat .

maksudnya ,
ya ! dah besar dah dia sekarang .
dah menengah dah .

dan aku dah pun umur 20 tahun .

look how time flies .

and life is funny ,
when you change yourself  
360 degree .

sebab .
kau tak ubah apa-2 pun dalam hidup kau .
sebenarnya .

dan kau sangka
kau dah ubah diri kau .
360 darjah .

kan berpusing je tu .
balik tempat asal .

macam dalam lagu tiga segi je :
"kau ibarat... terperangkap di tengah lautan . 
tak tahu mana arah untuk kau menuju . "

nak kata solat . hmmm .
nak kata mengaji Al-Quran . hmmm .
nak kata berubah ke arah yang baik . hmmm .

hmmm
hmmm
hmmm .

itu jelah yang kau mampu .

dan masa pun cakap "bye-2 ! " je dekat kau .

--------------------------------------------------------------------------------------------- ↓ (dan berlalu)



tau-2 , dah pun umur 80 tahun nanti .
kau still post benda yang sama .

haha . this life is funny right ?

nak tau sebab apa 
kalau berubah .
tapi tak lama ?

nak tau ?

sebab kita berubah , 
tapi kita 
tak istiqamah .
tak setia dalam berjuang .
tak tetap pendirian .

macam mana ikhlas tu nak datang .

sebab tu lah . 
kau terus maintain dengan hidup yang macam ni .

nothing .
fuh .

----------------------------------------------------------------------------------------------- ↓ (dan pergi)



dan 
mati .

----------------------------------------------------------------------------------


ada dua masa yang paling ditakuti 
oleh orang mukmin :

1. masa lalu
2. masa akan datang 

kedua-2nya ditakuti kerana :
"adakah amal dan ibadahku diterima oleh Allah pada dua masa tersebut ?"

kau pun
bangun dari tidur .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

10 May 2014

Tutuplah Aibku , Ya Allah .

alangkah indahnya , 
apabila
air mata yang sedih akan 

bertukar menjadi air mata yang gembira .

saat kita keterlanjuran dalam melakukan dosa .
maksiat dan bidaah .

kita tergapai , 
seolah-2 Allah tidak memandang 
apa yang telah kita perbuat .
apa yang kita lakukan .
apa yang kita khianati .

istighfar dengan kalimah "Astaghfirullaahalazim" itu 
secara zahirnya bermaksud
"Ampunkan aku , ya Allah yang Maha Agung"

tapi maksud tersirat bagi
istighfar adalah 

tutup . 

setiap dosa yang kita lakukan 
adalah 
'aib' kita 
pada Allah dan pada manusia .

dan kerana itulah ,
kita beristighfar  
agar aib kita itu ditutup kemas dan kembali pada Allah .


inilah maksud yang sebenar , saat kita beristighfar :
"Ya Allah , Engkau tutuplah aibku itu , agar Engkau tidak melihatnya , sebab kalau Kau melihat aibku itu , maka Engkau akan murka padaku ya Allah . "

sebab tu kalau kita melihat jenazah yang hendak dikebumikan , 
Nabi Muhammad mengajar kita agar
kita mendoakan dia dengan :
"Allahummafirlahu "
"Ampunkan dia , ya Allah "

ataupun dengan maksud yang lain :
" Ya , Allah engkau tutuplah keaiban pada diri dia ya Allah , agar dia diselamatkan dari seksa di Alam Barzakh dan Engkau memberikan dia rahmat di sana . "

kata Ibnu Kathir :
istighfar ,
menyebabkan Allah memadamkan masa silam kita
taubat ,
menyebabkan Allah akan menjaga masa yang akan datang kita .

kerana taubat itu 
bermakna , 
kita mula susun langkah kita yang betul .

وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; 
supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) 
hingga ke suatu masa yang tertentu, 
dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang 
yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) 
akan pahala kelebihannya itu; 
dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), 
maka sesungguhnya 
aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya) . "

( Surah Nuh ayat 3 )

Imam Qurtubi berkata dalam menafsirkan ayat ini :
" inilah buah , daripada istigfar dan taubat . "

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هُمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ “ 
Dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, 
“Barangsiapa yang senantiasa beristighfar 
nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan 
dari segala kegundahan yang menderanya , 
jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya 
dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” 

(HR. Abu Daud no. 1518, Ibnu Majah no. 3819, Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra no. 6421 dan Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kubra no. 10665) 

"biasanya , kalau lepas sembahyang , imam istighfar , kita istighfar . 'Astagfirullah , astaghfirullah' . adakah kita istighfar ikut-2 atau kita istighfar dari bicara hati ?dengan ada sedikit perasaan kepada Allah ? kerana kalau ia dari hati , nescaya akan mengalir air mata kita saat kita melafazkan rasa bersalah , malu kita pada Alllah ."

Cara istighfar yang sebenar adalah 
apabila 
1. Sepatah kita beristighfar 
2. Kita berhenti dan mengenangkan seberapa banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita .
3. Memikirkan dosa-2 yang telah kita lakukan .
4. dari hati .

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, 
ia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah, aku sungguh beristighfar pada Allah 
dan bertaubat pada-Nya dalam sehari lebih dari 70 kali.” 

(HR. Bukhari no. 6307).

Dari Al Aghorr Al Muzanni, yang merupakan sahabat Nabi, 
bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِى وَإِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِى الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ
“Ketika hatiku malas, aku beristighfar pada Allah 
dalam sehari sebanyak seratus kali.” 

(HR. Muslim no. 2702).

Imam Hassan Al Basri ada mengatakan :
"orang yang mengucapkan istighfar , kemudian dia tidak meninggalkan dosa yang dia lakukan , maka dia sedang berbohong . "

menangis selepas menang .


ya , air mata kesedihan kita
akan bertukar kepada 
air mata kegembiraan , 
jika kita selalu beristighfar .

tapi ingat .
dari hati .

kerna ada hubungan 
antara istighfar dengan kehidupan kita .

perlu seiring .
the real smiley of this :')

"kita disayangi dalam kehidupan kita , hanya kerana Allah menutup aib kita ."
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

03 May 2014

Sujud : Sweet Love Story

yang namanya hamba itu ,
dia TUNDUK atas SEGALA perintah .

kita ni sebenarnya , lemah . sangat . 

Allahuakbar .




 


















Sujud .

" A Love Story that no one would understand but those who pray ."

Allahuakbar .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

Copyright© Ilustrasi Nashrul