Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

16 November 2014

Tanpa Mengurangi Walau Sedikit

lihat dia di sana , apakah yang cuba dia pamerkan oleh perwatakannya itu ? hasil jerih payahnya dia berusaha sehabis baik dalam memenangkan gejolak nafsunya yang bertaulankan syaitan itu . 


tindakan demi tandukan yang dia lakukan itu berjaya menawan hati-hati yang lalai lalu rebah di medan pembolakan hati yang sering berubah .

dia menakluki jiwa-jiwa yang rapuh imannya itu lalu menyeru sebanyak mungkin kejahatan dan kegelapan dalam kehidupan mereka .

lalu berasa bangga jua terpesona dengan kejayaan yang menghancurkan itu , lantas memukau hadirin berbuat busukan dosa melanggar larangan Ilahi . 


apakah dia tidak tahu setiap tindak tanduk yang dia perlakukan itu bakal disoal ? atau mungkin dia tidak sedar seruan yang berbunyi 'apabila engkau melakukan sesuatu kejahatan , lalu orang terikut dengan apa yang engkau lakukan , maka engkau akan menanggung dosanya hingga ke akhir hayatmu' ?

dia mengepalai bala tentera 'kejahatan' dengan pengikut tanpa sedar itu akan dihitung satu persatu zarah perzarah dari setiap inci dosa-dosa yang menjadi khazanah warisan yang tiada haruman kewangian padanya .

maka tiada jalan atau ruang yang lebih baik melainkan dengan menyucikan setiap noda-noda kehitaman seketul daging dirinya jua 'pengikutnya' dengan menyuarakan dan menzahirkan apa dia yang salah apa dia yang betul . 


mungkin ramai atau terlalu yang telah kecundang dalam hasutan berbaur penghinaan kepada pahala itu telah dia usahakan . namun , apalah dayanya dan kekuatannya untuk dia hapuskan kesemuanya , maka penyerahan dirinya kepada penciptanya itulah yang selayaknya .

maka dengan itu , duhai jiwa-hati yang sarat dengan selubung dosa jua maksiat . pulanglah ke pangkuan Tuhanmu yang Esa . agar , engkau memperoleh dan mendapat penerimaan dari Dia yang Maha Penyayang .

kerana dosa yang diajarkan pada yang lain itu 

"tanpa menguranginya walau sedikitpun ."
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

02 November 2014

Garden Heroes

"ketahuilah , hati ini adalah taman yang dikelilingi pagar yang dilengkapi dengan pintu-pintu . tetapi ada beberapa pagar telah pun rosak (digunting/berlubang) . dan tempat yang rosak itu letaknya akal . 

dan malaikat adalah tetamu yang kerap datang melawat ke taman (hati) , memberikan iman atau nur . 

dan di sebelah taman itu terdapat sebuah teduhan yang dihuni oleh hawa nafsu , dan syaitan adalah tetamu yang kerap melawat ke tempat teduhan itu (nafsu) .


antar dua kumpulan ini , mereka sering berperang .

syaitan yang tinggal di tempat teduhan itu selalu berjalan di sekeliling taman untuk memerhati di manakah tempatnya penjaga pagar yang lalai . apabila dia dapati ada yang lalai , segera dia melompat masuk ke dalam pagar yang rosak itu . atau dengan kata lainnya , mengikut akal . 

oleh sebab itu , hendaklah seorang penjaga itu mengetahui semua pintu-pintu dan mana tempat yang mempunyai keruntuhan perlu diketahuinya supaya dia tidak lalai walau sedetik kerana musuh tidak lalai dan alpa ."


ditanya kepada Iman Hasan Al-Basri :
"adakah syaitan itu tidur ?"

lalu dijawab :
"jika syaitan itu tidur , maka berehatlah kita semua (menunjukkan bahawa syaitan itu tidaklah tidur) ."

-Tabis Iblis by Ibnu Jauzi-

maka dengan itu , peliharalah iman kita dengan sebaiknya agar tidak dimasuki syaitan melalui akal dan semoga kita berjaya menentangnya dengan iman yang diperkuat dengan keyakinan kepada Allah dan Rasulullah .


"Go , save yourself . I'll keep them."
kata yang hebat daripada kucing yang 'macho menjadi hero' ni .

ibaratnya , Iman itu akan melindungi kita dari segala serangan . luaran atau dalaman .

*first time jumpa kucing macho macam ni .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

26 October 2014

Realiti dalam kenangan

 kenangan , kadang-kadang boleh membuatkan air mata kita mengalir tanpa kita sedari . dan kita mempersoalkan di mana hilangnya semua orang yang pernah kita kenal dulu , yang pernah kita tegur dulu , yang pernah hadir dalam hidup kita dulu .  mereka berubah saat kita baru cuba mendekat , dalam masa yang sama kita juga berubah . baik atau buruk , biar kita sendiri yang menjawabnya . semuanya hilang di mata kita , dan mula jauh dan ada juga yang dah pergi meninggalkan kita .

tetapi begitulah kehidupan . kita kena hidup atas realiti . realiti bahawa kenangan yang kita tinggalkan tu bukan milik kita . itu suratan yang telah tertulis oleh-Nya . terimalah kenyataan ini dengan ikhlas dan redha bahawa segala apa yang telah kita lalui bersama mereka , bukanlah milik kita yang kekal . 

hanya kerana Dia berkuasa atas segala sesuatu . Dia berhak untuk lakukan apa sahaja yang Dia berkehendak . kita perlu sedar , bahawa apa yang ada di sekeliling kita ini hanyalah pinjaman . terlalu banyak harapan dan janji yang telah kita semaikan . terlalu banyak kasih sayang yang telah kita curahkan , dan sudah tentu kita terlalu mengharapkan untuk hari esok .

kita menafikan dan hampir tidak percaya bahawa semuanya telah berlalu , dalam masa yang cukup singkat .

tidak , bukan begitu caranya jika kita mengakui bahawa kita hanyalah seorang hamba dari Tuhan yang Esa . ya , mungkin perubahan itu berlaku . dari seorang yang dulunya gemar bersosial kini sudah meninggalkan zaman-zaman itu . namun , tidak selayaknya perubahan yang kita lakukan itu membuatkan kita jauh dari sebenar-benar harapan kita , iaitu Allah yang Maha Penyayang .

perlu ada kesedaran bahawa kita ini "Dari Allah dan kepada-Nya kita kembali" . kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku suatu hari nanti atau mungkin sekejap lagi . nyawa kita akan keluar dari badan kita tanpa kita sempat mengucapkan selamat tinggal yang menarik nyawa kita tanpa kita sangka dalam sekelip mata .

kerana itu tidak mungkin kita menyangka atau seperti yang diharapkan semua iaitu mencuba untuk hidup selamanya . kerana itu realitinya kita semua , setiap seorang daripada kita akan pergi satu persatu . maka dengan itu , tiadalah nasihay yang lebih berguna melainkan , pulanglah semula pada Allah . baliklah semula pada Dia yang menciptakan kita . kerana dan moga kita tidak lupa kalimah 'sementara' .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

24 October 2014

Pulangkan semula milik-Nya

mungkin ,  cerita yang bakal aku sampaikan ini agak sedih , namun terselindung pengajaran yang boleh kita semua ambil iktibar . khas buat semua ...

demikianlah ternukilnya satu kisah yang dihadirkan oleh Imam Malik dalam kitabnya 'Al-Muwata' ' :
sudah sekian lamanya seorang Ulama' yang disegani ini menjalinkan cinta bersama dengan separuh dari hatinya iaitu isterinya , namun secara tiba-tiba dia mendapat berita bahawa , 
isterinya meninggal dunia .


dia tidak menyangka dan mula berubah hati , lalu bersikap tidak mahu bertegur sapa dengan sesiapa pun . jika dulu , dia aktif dalam memberikan ilmu , kini tidak lagi . 

lalu datang seorang wanita yang merupakan penuntut ilmu yang selalu hadir ke majils ilmunya dan ingin berjumpa dengannya . kemudian menyatakan hasratnya untuk berjumpa . lalu disanggah seseorang yang menjaga pintu rumah Ulama' itu dengan berkata :
"dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa!"

lalu wanita itu membalas :
"aku terlalu ingin berjumpa dengannya , kerana aku ingin bertanyakan soalan kepadanya . jika tidak kau izinkan , aku akan menunggu di sini sehingga aku mendapat jawapan daripadanya ."

lalu penjaga rumah itu berjumpa dengan Ulama' itu mengadukan hal yang berlaku :
"aku khuatir akan berlaku fitnah terhadapmu jika engkau tidak menjawab soalannya kerana baru sahaja kematian isteri tetapi sudah ada wanita yang datang ke rumahmu ."

kemudian akhirnya , wanita itu berjaya untuk berjumpa dengan Ulama' itu untuk bertanyakan soalan :
"jiranku memberikanku emas miliknya kepadaku , kemudian aku memakai dan menjaganya . tetapi dia tidak menuntut emasnya itu sejak sekian lama . setahun , 2 tahun , 3 tahun , 4 tahun , 5 tahun . namun setelah 6 tahun , barulah jiranku itu datang untuk menuntut emas miliknya . adakah perlu aku berikan semula emas itu kepadanya ?"

Ulama' itu menjawab :
"ya , pulangkan semula ."


wanita itu membalas :
"tiada masalah untukku memulangkannya semula , tetapi aku sudah menjaganya sekian lama . sedangkan dia sepatutnya menuntut kepadaku awal-awal lagi ?"

Ulama' itu menjawab :
"bukan persoalan lama atau tidak , tetapi siapakan pemilik kepada emas itu ?"

wanita itu membalas :
"sudah tentu kepunyaan jiranku . tetapi aku sudah memegang emas miliknya sudah sekian lama , tuan ."

Ulama' itu menjawab :
"sekali lagi aku katakan , bukan persolan tempoh , pulangkan semula emas miliknya . "

wanita itu membalas dan memberikan sedikit nasihat :
"terima kasih untuk jawapan yang telah engkau berikan .
tuan , bukankah isterimu yang telah pergi itu milik Tuhan ? Allah memberikannya kepadamu begitu lama untuk tuan berkasih dengannya , lalu Tuhan menghantar Malaikat Maut untuk mengambilnya semula , tiba-tiba tuan tidak redha akan peristiwa yang menimpa tuan . tuan tidak mahu mengajar , tuan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa , tuan tidak mahu makan dan membuat perkara lain ."


sejurus selepas mendengar nasihat dari wanita itu , barulah dia tersedar bahawa apa yang dia lakukan selama ini hanyalah disebabkan dia terlalu melayankan perasaannya .

segala apa yang 
ada di depan mata kita di dunia ini ,
ingatlah :

"itu hanya pinjaman ."
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

21 September 2014

Doa Mengelakkan Kesamaran Hati

Doa Sunnah :
Inilah Doa Istiftah yang dibaca Nabi ketika solat .

Moga dengan pengamalan kita membaca dan menghayatinya , kita dapat keluar dari kesamaran hati dan perselisihan yang penuh pada dunia akhir zaman ini .
Marilah bersama , kita hafaz atau hafalkan doa ini , dan bacalah pada setiap doa kita :
اللهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
“Ya Allah, Rabb-nya malaikat Jibril, Mikail, dan Israfil. 
Pencipta langit dan bumi. Yang mengetahui hal ghaib dan juga nyata. 
Engkaulah hakim di antara hamba-hamba-Mu dalam hal-hal yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku kebenaran dalam apa yang diperselisihkan, dengan izin-Mu. 
Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk menuju jalan yang lurus, kepada siapa saja yang Engkau kehendaki”

(HR. Muslim 2/185)
*kalau tak nampak tulisan arab tu , copy dan pastekan pada note atau microsoft word dan amalkanlah , agar kita terselamat dari fitnah akhir zaman .
agar hati kita sentiasa dipandu .

oleh Allah .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

14 August 2014

Think .


The Picture Speak :
Tiba-2 rasa macam keperihatinan kita kepada gaza dah 'diam' buat sementara waktu , selepas 'gelombang' boikot memuncak kelmarin .
‪#‎praydontjusttype‬ ‪#‎Islammustwin‬

 
 
 
 


Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

11 August 2014

Hidup , Antara Pilihan .

"dalam masa tak sampai 17 Jam lagi , kita semua bakal mengubah hidup kita dari beruniform sekolah kepada baju 'bebas' dalam menuntut ilmu" kata seorang yang semangat .


Lalu Upie (Nama Kucing dalam gambar) mencelah , seraya berkata :
"Jap-3 , lu cakap apa ? kita akan mengubah hidup kita ? macam tu ? 
betullah tu apa yang lu cakap . just , wa nak tambah sikit boleh kan ?
tapi lu orang semua kena ingat , ada dua je keputusan yang akan kuar esok :
1. kau lu dapat masuk U 
2. kau lu tak dapat masuk U
ok , nampak kat situ ? dua jawapan je kan ? sini wa terangkan sama lu orang. "


Upie dengan nada mengantuk meow dia lalu menyambung : 
(penerangan 1)
"huargh (sambil menguap) , ngantuk lah pulak , ok-3 , wa sambung , ok first kalau lu orang dapat an masuk U tu , benda pertama lu orang kena sebut adalah "Alhamdulillah" atau "Praise to God" . 
itu yang paling penting skali wa habak sama lu orang . "

"allright , lepas lu dah dapat U yang lu idam-2kan dulu an , papahal prepare apa yang penting , cepat-2 prepare ni der wa cakap lu , nanti gelabah tak tentu pasal pulak . nak prepare apa ?
1.prepare barang nak bawak (buat list je dulu)
2.prepare pinjaman semua benda tu .
3.surat-2 / sijil yang dia nak semua .
4.dll (pndai-2 lu orang lah) 
orite , settle satu hal . "

"once , bila lu orang dah jejakkan kaki lu orang dekat 'menara gading' tu . wa cakap lu , jaga diri lu baik-2 sama itu 'gading' , sekali dia sodok lu , merana beb . tak paham ? oklah , wa kasi terang sikit .
bila lu dah jejak sana nanti , lu suma akan hadap 'shock culture' , suasana lu berubah ! laaain der ... dah macam-2 wa dengar sama wa punya geng , dia sembang pokok pun boleh tumbang , wa punya iman pun boleh goyang dengar dia punya cerita"

"laki perempuan rilek je gaul sana-sini walau x ada benda penting pun nak sembang , lu hati-2lah , jangan sampai lu jatuh dalam lubang syaitan je kat sana nanti . iman kena kuat der , papahal kalau lu rasa iman lu hampir nak goyang , lu ingat satu benda je . "Allah tengok apa yang wa buat" . tu pun paling sikit la , solat kena jaga der , jangan kata tak ada orang perati perangai lu kat sana . tu lu punya bahu kiri kanan mana lu mau letak ? rilek-2 , tukar niat leklok , lu datang situ lu niat lu nak belajar lu nak tambah ilmu , bukan nak tambah dosa . ingat mak ayah kat rumah lu der , diorang tinggi harapan diorang kat lu orang der ."


Upie kata dia nak masuk yang nombor 2 pulak : (penerangan 2)
"ini bukan lu punya akhir hidup der . siapa yang kata orang yang tak masuk U tak boleh hidup senang der ? siapa ? tak ada yang kata pun sebenarnya , fikiran lu orang je yang lebih-2 ."

"lu orang kira beruntung sebab lu orang dah boleh lepas dari ujian yang budak-2 yang masuk U kena hadap . hidup lu orang lagi rilek , lu boleh duduk rumah , susun strategi macam mana nak gerak lu punya hidup kasi hidup yang lebih maju dari lu yang dulu . "

"lu bikin panas lah , orang keluar U gaji puluh ribu , der ! lu tak masuk U , lu yang BAGI gaji puluh ribu , lu rilek je der . nak buat apa sampai nak dapat macam tu ? itu pilihan lu masing-2 , ok wa bagi contoh .
sekarang ini orang tengah boikot Mc Donald kan ? orang jadi susah nak boikot sebab tak ada barang pengganti yang ganti benda tu . create idea lu , kumpul duit kasi mantap lu punya modal . buka satu kedai nama Mc Dolah . konsep kerja , kualti , service tiptop , kasi full islamik . lu rilek je der , orang datang kedai lu , spend duit macam air . bila lu dah kaya , lu siap boleh bukak rumah anak yatim lagi then bagi free 1700 orang trip ke mekah ."


"pasal ilmu , kau rilek je der . tak semestinya ilmu tu kena pegi masuk U , then dapat sijil , baru orang boleh cop lu berilmu . rajin-2kan diri pergi surau duduk dalam even ada share ilmu . ilmu dunia boleh belajar sendiri der , tapi ilmu agama , lu memang kena cari otai jugak baru lu boleh hadam betul-2 ."

Upie dah ngantuk sangat dia kata dia nak gerak dan dia nak buat pergulungan :
"ok lah , wa pun taknak cakap banyak . nanti lu orang pening , hidup kena terus maju , baru ada wawasan der . bende remeh-temeh kasi letak tepi dulu . go on . dalam dunia ni , tak ada susah atau senang , tinggal rajin ngan malas je . papahal buktikan yang lu orang bukan sebarang orang . lu orang , orang yang ada tujuan dalam hidup , orang yang terbaik dari ladang punya .  alang-2 tu wa nak ajar satu doa sama lu orang nak hadap dunia luar lepas ni :

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
"Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati , tetapkan hati ini di atas agama-Mu.."
“Oh Turner of Hearts , keep my heart firm on Your Deen.”

اَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك
“Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati , arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu”
"O Allah ! Controller of the hearts , direct our hearts to Your obedience.''

ok , wa gerak dulu , jaga diri lu baik-2 . salam sayang dari gua . Assalammualaikum ."

aku cuma sampaikan je , apa yang kucing Upie You ni cakap . haha .
kucing tu aku search je . nama aku main letak . haha
aku pun nak gerak gak .


bukan hidup yang semakin senang , cuma kau yang semakin kuat .
kuat dengan bantuan Allah .
:)

goodluck guys .

nah link untuk 'check' esok :
https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

07 August 2014

Happiness Last Forever

Untuk apa engkau menitiskan air matamu , 
mengenangkan memori yang tak akan kembali lagi di dunia ini .

Kemari kau , aku perkisahkan 
mengapa engkau perlu hiasi kehidupanmu dengan senyuman 
walaupun tanpa seseorang yang engkau sayangi di dunia ini , di sisimu .

percayalah , 
dengan sepenuh keyakinan hatimu ,
engkau akan tetap bersama-2 dengan keluargamu 
menetap di syurga Ilahi .

aku bukan bicara kosong ,
aku bukan berkata penuh omongan semata .

kerana yang mengatakan engkau akan tetap bersama keluargamu 
sehingga di syurga 
bukanlah aku , bukan dia tapi Dia , Allah .

Dia yang bicarakan dalam kalam-Nya .
dan apakah kau tidak yakin setiap kata yang difirmankan oleh Tuhanmu , Allah ?
tiada yang lebih benar melainkan kata-kata dari-Nya .

maka nikmatilah hidupmu 
di dunia ini dan kerjakanlah kebaikan .
agar kau bisa hidup bersama keluargamu di syurga .

nikmatilah kata janji Tuhanmu yang penuh kebenaran :
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ
"Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya 
dengan tangan kanannya,"

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا
"Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,"

وَيَنْقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا
"Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan gembira ."

(Al-Insyiqaq ayat 7-9)

dengan gembira . :)

I told you , don't be sad , right ?
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

04 July 2014

Dialah segala-Nya , bukan dia .

aku bercakap kali ini , mungkin agak panjang dari biasa .
dan kalau kau terpaut hati kau membaca aku ini , bacalah dari hati .

dengan gaya berdialog .
dan jangan risau , aku akan bimbing kau baca benda ni mengikut nada yang sesuai .
(ekspresi muka yang berkerut , nada mempersoalkan)
sudah-sudahlah tu , apa lagi yang kau harapkan sangat , perhatian dari manusia ni ? apa je yang kau dapat ? 

(ekspresi muka yang serius , nada serius)
tak ada apa pun yang kau boleh dapat dari manusia ni . kau cuba nak tarik perhatian orang ramai , kau buat macam-2 . mungkin ada yang datang dekat kau masa kau diperlukan , masa kau ada banyak benda , masa kau ada sesuatu yang orang lain tak ada , masa kau penuh duit di poket , kau ada semua benda dalam hidup kau , belambak orang yang datang dekat kau , lepas sorang-sorang .

apa yang kau rasa ? kau rasa 'happy' kan ? sebab ada orang 'care' dengan kau . sebab ada orang yang nak bersama dengan kau .

tapi lepas tu , bila kau dah tak ada apa-2 , bila kau dah tak diperlukan , bila kau sakit , bila kau pokai tak ada duit . berapa banyak orang yang datang depan kau dan cakap "amacam , sihat der ?" . kau boleh kira dengan jarilah ! tak pun tak ada langsung . hmmph .


(eksperi muka hampir marah , nada garang , mula berdiri)
bila dah tak ada orang yang datang dekat kau , mulalah kau nak cari orang untuk kau luahkan segala apa yang kau pendam dalam hati kan ? dan akhirnya kau jumpa seseorang yang digelarkan 'hawa' . 

(ekpresi muka semakin relaks , nada tenang , duduk semula)
kau usha dia , dan akhirnya kau 'couple' dengan dia . dan masa tu , bermulalah episod cinta kau dengan 'better half' kau tu . calling-2 , chatting-2 , loving-2 , bukan main lagi senyum kau lebar sampai ke telinga . 

tak lama lepas tu..
hati kau dah mula terpaut dekat dia , kau dah mula sayang dekat dia .. 
mata kau pun dah jadi buta , bukan mata je , mata hati kau pun dah buta .
semua benda yang makwe kau buat , yang cinta hati kau buat , semuanya betul . tak ada langsung yang salah . everything about her is perfect . 


sampai satu masa , dia dah mula 'boring' dengan kau . dia dah lali dengan gurau kau , dia dah muak dengar suara kau , sampai satu tahap muka kau pun dia dah tak lalu nak tengok . segala lawak kau dah basi buat dia , 
dia berlalu pergi serius dalam senyuman .

(ekspresi muka poyo , nada tegas)
hancur berkecai segala apa yang kau dah rancang dengan dia . kau ingat dia nak ingat janji-2 dia dengan kau dulu ? apa kau ingat dia hadap sangat kau punya janji ? perempuan ni satu je aku cakap , diorang ni , hati sekejap je mudah nak berubah , bukan sebab apa aw , sebab kau salah pilih jalan , dia pun salah pilih jalan .

kau bercinta , tapi kau bukan duduk satu rumah yang dalam rumah tu , kau kena hadap macam-2 . untuk bagi hidup kau mencapai tahap bahagia yang sebenar . bukan tahap bahagia yang menipu . yang kau dok ontok layan kau punya jiwang "aku sayang dia" "aku cinta dia" "dialah sayang aku".. sampai kau jadi macam ni !

aku dah banyak kali cakap dah . kau tengok artis je pun dahlah , bukan main bercinta bagai nak rak , last-2 kahwin dengan orang lain , bukan main , bertunang bagitahu semua orang , last-2 putus . kahwin lain . haihh..

(ekspresi muka 'bajet hensem' , nada orang baik)
aku ulang balik apa yang aku cakap awal-2 tadi , 
manusia ni . kau tak payah layan sangat ... makin rosak kau jadinya , sebab..
hati kau akan ada satu perasaan berharap dengan harapan yang tak sudah .

tak kemana langsung apa yang kau harapkan pada manusia ni . nyata ! harapan kau dekat diorang palsu . habis-2 pun , kau harapan kau tu kena campak balik dekat muka kau je . manusia ni , akan buat kau berubah , yang tiba-2 dari kau yang dulu , bertukar ! dah macam orang lain dah .


(ekspresi muka penuh bangga , nada jiwang)
kalau macam aku ni , aku tak kisah pun , siapa je yang nak dekat aku . alah , lagipun , yang pakai tudung ni bagus , tapi tulah sosial melebih sangat . tapi tak semualah . tapi kalau boleh , mestilah aku nakkan perempuan yang baik kan ? even kalau 'free hair' pun , tak jadi masalah buat aku . sebab aku tau , condition diri aku macam mana , perangai sendiri pun tak berapa nak baik . nak 'demand' lebih-2 . 

as long as dia akan dengar apa yang aku cakap lah , dia jenis yang taat . dengaaar je apa yang baik yang aku cakap , lepas tu dia ikut .
dia bukan jenis yang suka membantah .


(ekspresi muka baik , nada menyentuh hati)
slow-2 , hidayah Allah ni , kalau dia datang menyapa hati manusia kan , tak ada sesiapa pun dalam dunia ni yang boleh halang , dengan apa cara sekali pun . kau buatlah apa sahaja depan dia , kau ajak dia buat dosa ke , kau kutuk dia ke , kau 'drop' dia ke , kau 'judge dia ke , dia takkan berganjak .

"aku hidup ada prinsip , aku hidup ada pegangan , aku hidup ada tujuan !
aku bukan hidup atas dunia ni saja-2 je  , suka-2 . bangun , makan , kerja , tidur , bangun , lepas tu buat benda yang sama , then , mati . What for kau hidup macam tu ? Boring giler hidup kau , kalau macam tulah gaya rutin hidup kau , hiburan sana-sini , hidup nak bebas je , dah macam bukan orang dah aku tengok . Hey ! what is the reason of your life ??!! kau tak ingin ke , hidup rasa nak 'bertuhan' ? 

rasa diri dilindungi , rasa diri disayangi , rasa diri dihargai , rasa diri dicintai , rasa diri dirahmati , dan yang paling 'best' , kau dapat bercinta dengan Tuhan kau , yang orang lain tak dapat rasakan melainkan dia ikut , apa yang Tuhan dia suruh , dan tinggal apa yang Tuhan dia tak kasi buat . dan kau ikut macam mana Nabi kau ajar . 

kau bagitahu aku , benda apa yang kau buat dekat dunia ni , yang Allah tak balas langsung benda baik yang kau buat ? kau solat , Allah elakkan kau dari perkara yang tak elok . kau zikir , Allah bagi hati kau tenang .kau puasa , Allah ajar kau macam mana nak sabar . kau ikut Nabi , Allah sayang kau .

Sampai tahap kau berdoa pun , Allah malu tau , kalau tak perkenankan doa kau . 

apa lagi yang kau nak dalam hidup ni ? 
apa lagi ?!! 


banyakkan amal kau belakang manusia , melebihi amal kau depan manusia .
biar kau bercinta dengan Dia je , dekat mana pun kau pergi .

kau percayalah , cinta kau akan berbalas untuk selamanya . :)


Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak.

Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong".

(HR Tirmizi)


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku .
Maka sesungguhnya Aku dekat..Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa pada-Ku ."

(Surah Al-Baqarah ayat 186) 


Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

01 July 2014

Apabila Ajal Datang Menerjah

Entah mengapa sejak kebelakangan ini , 
dia selalu mendengar beberapa perkara yang bermain di halwa telinganya tentang 'kematian' . 
satu demi satu yang menerjah masuk yang membingitkan gegendang telinganya .


Namun di hatinya , langsung tidak sedikit pun terkesan dek 'kematian' itu 
bahkan dia tetap meneruskan rutin hariannya sebagai seorang manusia yang biasa 
yang penuh dengan noda dosa yang selalu bekerja untuk menghitamkan hatinya 
tanpa ada kerisauan walau secebis pun 
tentang 
apa yang bakal dibawanya nanti .


Seperti biasa , bagi melengkapkan agenda Ramadhan dia pergi menunaikan solat seperti sediakala .

Sejurus selepas sang pria itu sudahpun mendirikan ramadhannya dengan mengerjakan solat qoma ramadhan 8 rakaat , dia terus bergegas untuk menuju ke rumah .

Dalam perjalanan hendak pulang ke rumah , pria itu berhenti di perhentian yang mempunyai lampu isyarat . 

Namun keadaan bukan seperti biasa hanya kerana , 
terdapat polis juga bomba yang berada di kawasan itu . 
Lantas dia beranikan diri untuk bertanya dengan orang sekeliling untuk mengetahuinya apa ceritanya :
"kenapa ni bang ?" 
"orang eksiden dik , bas langgar motor , 2 perempuan 1 orang lelaki , budak . habis digilis bas tu . "


Seraya berkatalah hatinya dalam diam :
"Inalillahiwaiinailaihiraajiun"
Dari Allah kita datang , dan kepada-Nya kita kembali .

dia langsung bertanyakan pada hatinya , 
bagaimanakah yang terjadi jika dia berada di tempat mangsa itu . 
sudahkah dia melunaskan segala dosanya kepada Allah untuk diampunkan ? 
Dosa yang menggunung tinggi itukah yang ingin dibawanya untuk berhadapan dengan Tuhan Sekalian Alam , Rabbil aalamiin .

Segala puji bagi Allah 
kerana masih menuliskan peluang untuknya di Lauh Mahfuz , 
orang kata 'peluang hanya datang sekali' . 
maka dengan peristiwa yang berlaku itu , dia berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mengkhianati peluang yang diberikan buatnya oleh 'tiada tuhan selain Dia' .

*Allahummafirghlahum warhamhum , waa'fihim , wa'fuanhum .
Ya Allah , ampunkan mereka , kasihani mereka , selamatkan mereka , dan maafkan mereka .

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mangsa kemalangan antara bas dan motosikal yang berlaku di simpang hadapan SMK Seri Ampangan , yang meragut 2 nyawa , baru tadi .


Setiap yang bernyawa PASTI merasai mati .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

23 June 2014

Meraih Cinta

Lihatlah apa yang berlaku di sana wahai sahabatku .

dia sedang menunaikan solat .
dia pula sedang berpuasa sunat .
eh , dia sedang berdakwahlah !


lihatlah , lihat di sana !
dia sedang menjaga pandangannya .

itu ! lihat di situ .
dia sedang dia sedang berqiamulail .
dia mengeluarkan wangnya untuk berwaqaf dan bersedekah .

eh , di sini pun ada juga ?
apa yang sedang dia lakukan itu ?

dia hanya duduk bertafakkur memikirkan dosanya yang menggunung tinggi .

sudahkah kau lihat apa yang aku pamerkan tadi ?
aku mahu bertanya , apakah kau tahu mengapa mereka semua melakukan sedemikian rupa ? 
dengan solat , sedekah , puasa dan amalan-2 yang lain . 
apakah kau tahu apa yang mereka cuba dapatkan ?

tidak lain tidak bukan , mereka semua sedang berusaha untuk 
mendapatkan cinta dari Yang Esa , cinta Allah , cinta sang hamba kepada sang Pencipta . 


aku kagum melihat mereka , berusaha sehabis baik demi memperoleh kecintaan yang tinggi kepada Ilahi , kepada Ar-Rahman . kepada Ar-Rahim . kepada Allah Subhana Wa Taala . 

Subhanallah Wabihamdih , Subhanallahilazim .
"Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, 
Maha Suci Allah yang Maha Agung ."

moga Engkau labuhkan tirai cintaku kepada cinta-Mu ya Ilahi .

cinta itu sememangnya sangat-2 memerlukan pengorbanan yang tinggi .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

18 June 2014

Itu Dia Jalan Kebenaran

itu dia jalan kebenaran di sana .

apa yang kau menungkan kawan ?

lihatlah di sana ! itu jalan kebenaran . lihatlah .
hulurkan tanganmu mari kita menuju bersama ke sana .

jalan lurus yang penuh liku itulah jalan kebenaran .
jalan yang 'tidak menyeronokkan' .
jalan yang penuh onak duri .
jalan yang banyak rintangan .

jalan itu yang perlu kau tempuh .
jalan itu yang kau perlu hadapi duhai kawan .


ya , jalan kebenaran itu .
pasti ada yang membenci .

kerana ia 'tidak menyeronokkan' .
kerana begitulah sifat dunia yang melalaikan .


aku mahu bertanya , secara jujurnya , 
apakah jawapanmu jika aku menanyakan yang manakah lebih engkau sukai , jika diberi pilihan antara :

A. Bercinta atas dasar nafsu semata , dan kau ditanggung segala-2nya oleh kedua ibu bapamu , dan kau bebas berbuat apa sahaja yang sesuai dengan kehendakmu dengan penuh rasa cinta yang tiada duka , yang dihiasi warna-warni indah kata sayang yang berbunga-bunga 
dipayungi dengan nada rindu yang apabila diamati menusuk ke hati sehingga kau tunggangi hingga ke mimpi .

B. Bercinta atas dasar nafsu dibaluti iman , dan kau perlu mencari nafkah yang perlu diagihkan atas dasar tanggungan kepada cinta hatimu , dan kau tidak akan dapat melayan perasaanmu semata kerana engkau tinggalnya berdua 
yang perlu kerja merata , agar suka duka dapat dirasa bersama , kerana engkau mengakui bahawa ada bezanya , bercinta dengan berkongsi kehidupan .

sebagai seorang manusia biasa , sudah tentunya aku memilih A .
kerana itulah sifat seorang manusia 
yang tidak pandai menghargai betapa banyak nikmat yang telah diberi .

kerana aku menurut nafsu .
kerana aku lemah imannya .
kerana kau mampu berkata , tetapi tidak aku perturutkan apa yang dikata .

tidak , salah 
jika engkau memilih A , 
kerana B itulah jalan kebenaran .

jalan yang 'menguji' dari Ilahi .
agar kau mengerti ,
bahawa dunia ini , hanya tempat yang engkau singgahi .

duhai kawan , duhai sahabat , duhai rakan , duhai saudara , 
di sana jalan kebenaran , ya ! disana ! 
atas jalan yang lurus , jalan yang Allah redha .


kemari kau , ikut aku ke jalan yang di sana .
usah lalai dibuai , pujuk rayu yang terus membuat kau hanyut layu .
kawan , fajar sudah hampir terbit dari barat .

sudah engkau ketahui ,
masa tidak mungkin dapat kembali .

Tuhanku , Allah .
Hindarkan diriku dari terjatuh ke lubang fitnah .

tidakkah kau amati , dan kau semati , dalam sanubari ,
pesanan dari Ilahi ?

 وَجَآءَ مِنْ أَقْصَا الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَاقَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: "Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

 اتَّبِعُوا مَن لاَّيَسْئَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk ."

(Surah Yaasin ayat 20-21)

kawan , jom menuju kebenaran , kembalilah pada Allah .


أَوَلَمۡ يَرَ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَنَّا خَلَقۡنَـٰهُ مِن نُّطۡفَةٍ۬ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ۬ مُّبِينٌ۬
Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata ! 

(Surah Yaasin ayat 77)

makan dalam .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

16 June 2014

Dream .

I don’t know what that dream is that you have. 
I don’t care how disappointing it might be as you’re working toward that dream. 
But that dream that you’re holding in your mind – That is possible. 

Some of you already know that it’s hard. It’s not easy. 
It’s hard changing your life. 


In the process of working on your dreams, you are going to incur a lot of disappointment, a lot of failure, a lot of pain . 
There will be moments when you are going to doubt yourself. 

You’ll say, 
“Why, God? Why? Why is this happening to me? 
I’m just trying to take care of my children, and my mother. 
I’m not trying to steal or rob from anybody. 
How did this have to happen to me?” 


For those of you who have experienced some hardships – don’t give up on your dream. 
The rough times are gonna come, but they will not stay, they have come to pass.

Greatness is not this wonderful, esoteric, elusive god-like feature that only the special among us will ever taste. It is something that truly exists in all of us . 
It is very important for you to believe that you are the one !


Most people , they raise a family, they earn a living , and then they die . 
They stop growing, they stop working on themselves , they stop stretching , they stop pushing themselves . 
Then a lot of people like to complain but they don’t wanna do anything about their situation . 

And most people don’t work on their dreams . Why? 
One is because of fear – the fear of failure. “What if things don’t work out?”. 
And the fear of success. “What if things DO work out and I can’t handle it?”. 
These are not risk takers .


You’ve spent so much time with other people. 
You’ve spent SO MUCH TIME trying to get people to like you, you know other people more than you know yourself! 
You’ve studied them, you know about them, you want to hang out like them, you want to be JUST LIKE THEM! And you know what? 
You’ve invested SO MUCH TIME IN THEM, you don’t even know who you are!

I challenge YOU to spend time by yourself.

It’s necessary that you get the LOSERS out of your life if you want to live your dream.


But for people who are chasing their dreams, life has a special kind of meaning . When you become the “right person,” what you do is you start separating yourself from other people. 
You begin to have a certain uniqueness . 
As long as you follow other people, as long as you’re being a copy-cat, you will NEVER EVER BE the best copy-cat in the world .

I challenge you to define your value .

Not everyone will see it. Not everyone will join you. Not everyone will have the vision. It’s NECESSARY to know that. 
You are an uncommon breed! 
It’s necessary that you align yourself with people and attract people into your business – people who are hungry. People who are unstoppable and unreasonable. People who refuse to leave life just as it is and who want more!


The people who are living their dreams are the people who know that if it’s gonna happen, it’s up to them.

If you wanna be successful, if you wanna have and do stuff you’ve never done before…

I challenge you to invest in YOU.

Someone’s opinion of you does NOT have to become your reality. 
You don’t have to go through life being a victim. 
And even though you face disappointments, you must know within yourself, that I can do this. 
Even if no one see it for me, I must see it for myself. 
This is what I believe, and I’m willing to die for it. Period.

No matter how bad it is, or how bad it gets, I’m going to make it. 
I wanna represent an idea . I wanna represent possibilities . 
Some of you right now, you wanna go to the next level. You wanna be a civil engineer, you wanna council, you wanna be a doctor.

Listen to me: 
You can’t get to that level. You can’t get to that level until you start to invest in your mind.


I dare you to invest in your mind.

I dare you to invest time.

I dare you to be alone.

I dare you to spend an HOUR alone to get to know yourself.

I challenge you to get to a place where people do not like or do not even bother you anymore. Why? Because you’re not concerned with making them happy anyway. Because you’re trying to blow up. You’re trying to get to the next level. 
Because you’re investing in your mind.

If you’re still talking about your dream, if you’re still talking about your goals, but you have not done anything, JUST TAKE THE FIRST STEP!

You can make your parents proud, you can make your school proud, you can touch millions of lives and the world will never be the same again, because you came this way .


Don’t let anybody steal your dream . You may fail, and fail, and fail again . But you’re still looking at your dream, reviewing it everyday and saying to yourself…

“It’s not over until I win.”

You can live your dream .

Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

12 June 2014

Bila Direnung Alam yang Berbicara

boleh menitis air mata sebenarnya jika
engkau perhatikan apa sahaja yang tercipta 

di muka bumi ini .

baik flora 
mahupun fauna .

tidak ada satu pun yang tidak dibuktikan Allah 
kekuasaan-Nya , keperkasaan-Nya juga keagungan-Nya .
dalam tempat persinggahan ini .



pancaindera dari mata turun ke hati itu gunanya 
untuk melihat juga memerhatikan .
bukan sekadar itu , 
bahkan lebih tepat untuk mendalami .

barulah benar istilah 'dari mata turun ke hati' itu .
agar kita 
mengagumi 
mensyukuri
menyuci
meyakini
meletakkan tinggi
kepercayaan serta keimanan 
pada Tuhan yang hakiki , Ilahi .





"kadang-2 boleh sedih sebenarnya kalau kita renungkan , apa yang berlaku di sekililing kita . banyak benda yang boleh kita belajar daripada alam ni , dari semut kita boleh belajar erti persahabatan , 

dari tumbuh-tumbuhan kita boleh belajar erti kerjasama bila setiap sel-2 dalam tumbuhan itu bergerak dalam memproses 'starch' sebagai makanan agar tumbuh-tumbuhan itu dapat hidup 

dan berjasa untuk mengeluarkan oksigen pada manusia . dari langit kita boleh belajar hidup yang tenang . semua perkara dalam alam ini bekerjasama untuk memastikan kehidupan yang lancar . 
Subhanallah , Alhamdulillah , Laailaahaillallah , Allahuakbar . "







Utusan Allah (Nabi Muhammad) itu sendiri pernah mengeluarkan air mata apabila mengamati makna ayat dari Surah Ali Imran ini :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, 
dan pada pertukaran malam dan siang, 
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) 
bagi orang-orang yang berakal "

(Ayat 190)


banyak benda yang boleh kita belajar dari alam ini .
satu persoalan yang Allah firmankan untuk kita fikirkan bersama :

أَأَنْتُمْ أَنْشَأْتُمْ شَجَرَتَهَا أَمْ نَحْنُ الْمُنْشِئُونَ
"Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, 
atau Kami yang menumbuhkannya ?"

(Surah Al-Waqiah ayat 72)
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

Copyright© Ilustrasi Nashrul