Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

18 June 2014

Itu Dia Jalan Kebenaran

itu dia jalan kebenaran di sana .

apa yang kau menungkan kawan ?

lihatlah di sana ! itu jalan kebenaran . lihatlah .
hulurkan tanganmu mari kita menuju bersama ke sana .

jalan lurus yang penuh liku itulah jalan kebenaran .
jalan yang 'tidak menyeronokkan' .
jalan yang penuh onak duri .
jalan yang banyak rintangan .

jalan itu yang perlu kau tempuh .
jalan itu yang kau perlu hadapi duhai kawan .


ya , jalan kebenaran itu .
pasti ada yang membenci .

kerana ia 'tidak menyeronokkan' .
kerana begitulah sifat dunia yang melalaikan .


aku mahu bertanya , secara jujurnya , 
apakah jawapanmu jika aku menanyakan yang manakah lebih engkau sukai , jika diberi pilihan antara :

A. Bercinta atas dasar nafsu semata , dan kau ditanggung segala-2nya oleh kedua ibu bapamu , dan kau bebas berbuat apa sahaja yang sesuai dengan kehendakmu dengan penuh rasa cinta yang tiada duka , yang dihiasi warna-warni indah kata sayang yang berbunga-bunga 
dipayungi dengan nada rindu yang apabila diamati menusuk ke hati sehingga kau tunggangi hingga ke mimpi .

B. Bercinta atas dasar nafsu dibaluti iman , dan kau perlu mencari nafkah yang perlu diagihkan atas dasar tanggungan kepada cinta hatimu , dan kau tidak akan dapat melayan perasaanmu semata kerana engkau tinggalnya berdua 
yang perlu kerja merata , agar suka duka dapat dirasa bersama , kerana engkau mengakui bahawa ada bezanya , bercinta dengan berkongsi kehidupan .

sebagai seorang manusia biasa , sudah tentunya aku memilih A .
kerana itulah sifat seorang manusia 
yang tidak pandai menghargai betapa banyak nikmat yang telah diberi .

kerana aku menurut nafsu .
kerana aku lemah imannya .
kerana kau mampu berkata , tetapi tidak aku perturutkan apa yang dikata .

tidak , salah 
jika engkau memilih A , 
kerana B itulah jalan kebenaran .

jalan yang 'menguji' dari Ilahi .
agar kau mengerti ,
bahawa dunia ini , hanya tempat yang engkau singgahi .

duhai kawan , duhai sahabat , duhai rakan , duhai saudara , 
di sana jalan kebenaran , ya ! disana ! 
atas jalan yang lurus , jalan yang Allah redha .


kemari kau , ikut aku ke jalan yang di sana .
usah lalai dibuai , pujuk rayu yang terus membuat kau hanyut layu .
kawan , fajar sudah hampir terbit dari barat .

sudah engkau ketahui ,
masa tidak mungkin dapat kembali .

Tuhanku , Allah .
Hindarkan diriku dari terjatuh ke lubang fitnah .

tidakkah kau amati , dan kau semati , dalam sanubari ,
pesanan dari Ilahi ?

 وَجَآءَ مِنْ أَقْصَا الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَاقَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: "Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

 اتَّبِعُوا مَن لاَّيَسْئَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk ."

(Surah Yaasin ayat 20-21)

kawan , jom menuju kebenaran , kembalilah pada Allah .


أَوَلَمۡ يَرَ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَنَّا خَلَقۡنَـٰهُ مِن نُّطۡفَةٍ۬ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ۬ مُّبِينٌ۬
Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata ! 

(Surah Yaasin ayat 77)

makan dalam .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

No comments:

Post a Comment

Copyright© Ilustrasi Nashrul