kenangan , kadang-kadang boleh membuatkan air mata kita mengalir tanpa kita sedari . dan kita mempersoalkan di mana hilangnya semua orang yang pernah kita kenal dulu , yang pernah kita tegur dulu , yang pernah hadir dalam hidup kita dulu . mereka berubah saat kita baru cuba mendekat , dalam masa yang sama kita juga berubah . baik atau buruk , biar kita sendiri yang menjawabnya . semuanya hilang di mata kita , dan mula jauh dan ada juga yang dah pergi meninggalkan kita .
tetapi begitulah kehidupan . kita kena hidup atas realiti . realiti bahawa kenangan yang kita tinggalkan tu bukan milik kita . itu suratan yang telah tertulis oleh-Nya . terimalah kenyataan ini dengan ikhlas dan redha bahawa segala apa yang telah kita lalui bersama mereka , bukanlah milik kita yang kekal .
hanya kerana Dia berkuasa atas segala sesuatu . Dia berhak untuk lakukan apa sahaja yang Dia berkehendak . kita perlu sedar , bahawa apa yang ada di sekeliling kita ini hanyalah pinjaman . terlalu banyak harapan dan janji yang telah kita semaikan . terlalu banyak kasih sayang yang telah kita curahkan , dan sudah tentu kita terlalu mengharapkan untuk hari esok .
kita menafikan dan hampir tidak percaya bahawa semuanya telah berlalu , dalam masa yang cukup singkat .
tidak , bukan begitu caranya jika kita mengakui bahawa kita hanyalah seorang hamba dari Tuhan yang Esa . ya , mungkin perubahan itu berlaku . dari seorang yang dulunya gemar bersosial kini sudah meninggalkan zaman-zaman itu . namun , tidak selayaknya perubahan yang kita lakukan itu membuatkan kita jauh dari sebenar-benar harapan kita , iaitu Allah yang Maha Penyayang .
perlu ada kesedaran bahawa kita ini "Dari Allah dan kepada-Nya kita kembali" . kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku suatu hari nanti atau mungkin sekejap lagi . nyawa kita akan keluar dari badan kita tanpa kita sempat mengucapkan selamat tinggal yang menarik nyawa kita tanpa kita sangka dalam sekelip mata .
kerana itu tidak mungkin kita menyangka atau seperti yang diharapkan semua iaitu mencuba untuk hidup selamanya . kerana itu realitinya kita semua , setiap seorang daripada kita akan pergi satu persatu . maka dengan itu , tiadalah nasihay yang lebih berguna melainkan , pulanglah semula pada Allah . baliklah semula pada Dia yang menciptakan kita . kerana dan moga kita tidak lupa kalimah 'sementara' .
No comments:
Post a Comment