Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

10 May 2015

Anjing itu tidak akan dihisab

sudah sempurna segala kulit dan isi kitab-kitab ilmiah yang dipelajarinya , lalu bapanya , datang kepadanya bertanyakan akan suatu soalan yang di dalam hati bapanya ada perkara yang akan diuji kepada anaknya itu sebelum dia layak untuk menyebarkan ilmunya . 

kerana ilmu yang layak disebarkan itu haruslah diamalkan terlebih dahulu . kebiasaannya , orang yang mengamalkan ilmu ini , semakin banyak dia belajar maka semakin dia merasakan dirinya cukup hina dek ketakutan kepada Allah itu sudah menebal dari dalam dirinya sendiri .

lalu si bapa datang kepada anaknya itu kemudian memberikan arahan kepadanya:
"wahai Fulan , pergilah akan kamu ke pasar untuk membeli barangan tertentu , kemudian carilah sesiapa sahaja yang kamu rasakan dia itu lebih hina daripada dirimu . dan pastikan , selepas maghrib ini , kamu bawakan dia berjumpa denganku ."

di sepanjang perjalannya dia berjumpa dengan pelbagai rupa dan macam-ragam manusia , yang langsung tidak dia menjumpai seseorang pun daripadanya yang lebih hina daripadanya , kerana dia menganggap dialah orang yang paling hina , sehinggalah pada suatu ketika , telah masuk waktu maghrib .

di luar masjid itu , dia terserempak dengan seorang warga tua yang duduk di situ sehinggalah semua orang selesai solat termasuk dirinya , kemudia dia keluar daripada masjid dan melihat orang tua itu tetap utuh di situ . maka berkatalah dia:
"mungkin inilah orang yang lebih hina daripadaku ,dan aku telah menjumpainya ." lantas ingin dia membawa pergi berjumpa dengan ayahnya itu kerana waktu sudah sampai ke kemuncak .

tetapi dia berfikir:
"dia ini adalah orang yang lebih tua daripadaku , dia ini kemungkinan ilmunya lebih banyak daripadaku , kemungkinan jasa dan ilmu yang diamalnya lebih banyak daripadaku , maka akulah yang lebih hina daripadanya ."


maka lantas tidaklah dia menmbawa orang tua itu pulang . kemudian , dia berjumpa dengan seekor anjing , yang pada pemikirannya itulah agaknya makhluk yang paling hina berbandingnya , tetapi dia terfikir:
"dia hanyalah seekor anjing yang tidak akan dihisab(dihitung) akan segala amalannya , sedangkan aku ini , akan dihisab oleh Allah untuk segala amalanku di dunia ini , maka , akulah yang lebih hina daripada anjing ini ."

maka , dia pulang ke rumahnya untuk berjumpa dengan bapanya dengan tangan kosong . maka bapanya menjawab:
"jika inilah tahapnya engkau beramal dengan ilmumu , maka engkau telah layak untuk menyebarkannya ."

*pengajarannya , orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya itu , dia tidak akan mudah melatah , malah dia akan sentiasa bersangka baik dan dia akan berfikir sebelum dia bertindak . maka itulah yang sering diucapkan oleh Allah dalam al-Quran . uulil Albab . orang-orang yang berfikir .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

No comments:

Post a Comment

Copyright© Ilustrasi Nashrul