Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

02 September 2015

Idea gila.

Satu petua yang aku rasa, petua yang paling pelik dalam dunia, sebab apa aku cakap pelik, sebab kalau ikut logik akal, dia macam 'gila' pun ada, 'masuk air' pun ada, 'tak masuk akal' pun ada. Senang cerita, kalau tak ada iman dalam jiwa kau, kau tak akan terima idea aku ni.

Ok, dengar elok-elok ea.

Biasa kalau kau dengar 'motivation' dari orang-orang yang berjaya, dia mesti cakap, yang bagi kau semangat dan hampir semua aku tengok yang paling banyak aku tengok dekat 'Matuesz M'. Semuanya tak kaitkan langsung dengan kehidupan akhirat. 'Even' agama lain.

Contoh, aku pernah dengar "kau kena laburkan dalam diri kau nak berjaya" dan lain-lain. Dan ada jugak Bill Gates punya 'quote' dia cakap:
"The only way to do great work is to love what you do." yang maksud dia lebih kurang "Satu-satunya cara kau nak  buat kerja yang baik adalah dengan menyukai apa yang kau buat."

Tapi setelah aku teliti punya teliti, aku nampak lain. Tapi aku tak tahulah korang macam mana. Yang aku nampak, kalau berkaitan dunia.

Macam ni, ini idea a.k.a petua yang aku kata 'tak masuk akal' tu,
"Kalau kau nak 'conquer' dunia, kau kena benci dunia. Kau kena buang dunia tu dalam jiwa kau. Sebabnya, satu soalan. Siapa yang cipta kau? Siapa yang buat dunia ni? Allah kan? Bila Allah yang cipta dunia ni, Allah tahu, siapa yang layak nak 'handle' dunia ni. So, dia akan bagi siapa yang Dia nak, siapa yang tak inginkan dunia pun dalam jiwa dia.

Itu rahsia dia kalau kau nak tau.


Maksud aku benci dunia tu, bukan maksudnya, kena tinggalkan dunia, fokuskan akhirat, semayang 24 jam... bukaannn... Maksud aku, benci dunia tu, kau tak sayang dunia tu, kau tak cinta sikit pun dunia tu, sebab kau tau, kau akan tinggalkan dunia ni, kau akan 'say' 'bye-bye' dekat dunia ni. Dan semua orang akan rasa benda yang sama. Kau akan mati. AND THAT'S THE POINT YOU LIVE IN THE WORLD. Dan negari kau yang kekal adalah negeri akhirat. Itu kau kena ingat.

Dan sebab apa kena benci dunia? Sebab bila kau tak dapat dunia. Kau tak perlu nak rasa sedih ke apa, sebab kau benci dia kan? Tapi bila kau dapat dunia. Kau bersedia nak korbankan dia bila-bila masa. Bila kau nampak ada orang yang lebih perlu daripada kau. Kau takde hal punya nak bagi. Sebab kau nak tebus akhirat pakai dunia. 

Sekarang ni kau nampak tak kat situ? Haaaa... amacam? 'Brilliant' tak apa yang ada pada Islam. Ini bukan idea aku. 'Totally' bukan idea aku. Ini adalah ilmu yang diturunkan untuk manusia daripada Allah supaya manusia sedar, akhirat tu ada dan  dunia tak kekal. 

Jadi 'point' dia kat sini, kalau kau betul-betul nak pegang dunia, nak maju dalam 'business' kau, nak berjaya dunia. Nak berjaya akhirat. Buang dunia dalam hati kau. 'Business' betul-betul kerana Allah, kerana nak manfaatkan duit yang kau dapat 'share' dengan orang. Tolong orang miskin. Bila kau yakin kau nak buat kerana Allah, so, jalan dia kena ikut syariat lah. Kena bertepatan dengan apa yang Allah suruh lah kan? Kalau haram tinggalkan, kalau berniaga baju, 'design' ikut muslimah, tak boleh nak ketat-2, tak boleh nak datangkan fitnah dalam masyarakat. Tak boleh model nak 'posing-2 maut' semua. Semua tu kena ikut, barulah Allah bagi dunia ni kat kau. Dunia ni Allah punya kan? 

Moga kita tak termasuk dalam hadis Nabi yang ni:
عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا ». فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ « بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِى قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ ». فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ « حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ ».

Dari Tsauban, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 

“Hampir saja para umat (yang kafir dan sesat, pen) mengerumuni kalian dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan dalam piring”. 

Kemudian seseorang bertanya,
”Katakanlah wahai Rasulullah, apakah kami pada saat itu sedikit?” 

Rasulullah berkata,

”Bahkan kalian pada saat itu banyak. Akan tetapi kalian bagai sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian 
dan akan menimpakan dalam hati kalian ’Wahn’. 

Kemudian seseorang bertanya,
”Apa itu ’wahn’?” Rasulullah berkata,”Cinta dunia dan takut mati.” 

(HR. Abu Daud no. 4297 dan Ahmad 5: 278, shahih kata Syaikh Al Albani. Lihat penjelasan hadits ini dalam ‘Aunul Ma’bud)


*kasi tiup sikit dunia dalam hati, biar dia terbang jauh dari pandangan jiwa.
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

22 August 2015

Umur, yang singkat.

Dalam kehidupan sehari-hari, kita mempunyai dua puluh empat jam dalam sehari. 24 jam itu, satu nilai yang terlalu sedikit sebenarnya, jika diperhatikan dengan lebih mendalam.

Seorang manusia yang beriman kepada Allah dah Hari Akhirat itu, mempercayai dan meyakini bahawa, adanya suatu hari kesemua manusia itu akan dikumpulkan, pada Hari Kiamat atau dalam bahasa Inggerisnya 'The Next Day'.

Dalam perbahasan Ulama' juga disebutkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. bahawa 1 hari di akhirat itu bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Bermakna, 500 tahun di dunia, bersamaan dengan setengah hari sahaja di akhirat.

Jika 250 tahun di dunia, bererti, hanya 1/4 hari sahaja di akhirat, manakala jika 100 tahun di dunia, ukuran masa di akhirat, kita hanya hidup sekadar 1 jam sahaja. 

Misalnya, seseorang diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk meneruskan kehidupan sehingga pada umur 100 tahun, ini bermakna mengikut masa akhirat, dia hanya hidup sekadar 1 jam sahaja di dunia.

Jadi, dalam masa 1 jam masa ukuran waktu akhirat, dia melakukan kemungkaran, dia ingkar, dia tak taat dengan Allah, menjadikan dia terjun ke neraka. Oleh sebab itulah, waktu 1 jam yang Allah peruntukkan kepada kita itu, perlu dijaga dengan sebaiknya. 

Isikan dengan ketaatan.

Mungkin, jika Allah memberikan kita masa yang lama untuk hidup, berjuta-juta tahun misalnya, kita lakukan kemungkaran, bersoronok dengan keduniaan, lalu kita masuk neraka, boleh tahanlah.

Ini tidak, hanya kerana satu jam kita melakukan maksiat, lalu kita masuk neraka untuk selama-lamanya? Cuba fikir. Gerun. Ngeri. 

1 jam inilah, kalau silap kita gunakan, maka nerakalah tempat kita. Itupun, kalau Allah memberikan masa 100 tahun untuk hidup, macam mana kalau kita hidup hanya sekadar 50 tahun? Setengah jam sahaja nisbah akhirat. Jadi setengah jam tulah yang kita gunakan untuk berfoya-foya, kita lupakan Allah... Allah.. setengah jam? lalu kita kena terjun dalam neraka selama-lamanya? Fikir panjanglaah. 

Kalau umur setakat 25 tahun? 15 minit je ouh... tak relevan, kita rosakkan masa sesingkat tu, untuk terjun ke neraka, kan?
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

19 August 2015

Sedar.

Aku tak faham kenapa ea, bila ada orang bercakap tentang agama, ambik serius pasal agama, 'touch' pasal agama, korang dah 'start' nak menyampah, dah mula rasa macam tak senang duduk, rasa macam lain, rasa macam tak 'happening', rasa macam "hak alah.. rilek ah..'noob' ah kau ni,, sikit-2 masuk pasal agama. ustaz2."

hey, jaga mulut elok-elok kawan, ni aku tanya kau lah, asal ea, setiap kali orang 'up' benda-benda agama kat kita, dia tegur pasal aurat, pasal tudung, pasal hati, pasal pergaulan laki pempuan, pasal bid'ah, pasal melabel, pasal seluruh perkara dalam hidup kau, dan segala yang berkaitan dengan agama. kau jadi macam... malas sangat nak dengar, malas sangat nak amik 'port'.

Wei, yang ni agama kau aw, yang dia tegur tu salah kau dalam agama! yang dia tegur tu, pasal aurat kau, pasal pergaulan bebas kau! pasal ada salah dan silap kau dalam agama.... dia tegur untuk tolong kau... untuk tolong baik pulihkan kau.. untuk tolong kau kenal rasa bertuhan, rasa ada Allah, rasa ada Nabi. rasa yang kita ni hambaaaa... tolonglah ingat benda tu.. bukan sebab lain.. dan lagi satu dia tegur kau, dia nak sama-sama kita masuk syurgaaaaaa.. faham ke tak ni..

Kau tau kan, jalan nak pergi syurga tu,, bukan senang.. bukan 'red carpet'.. jalan dia penuh liku, penuh duri.. penuh dugaan.. jalan nak pergi sana... mana ada benda yang 'best'... tak ada.. tak ada ouh.. solat? rasa malas. puasa? ingat 'best'? tutup aurat? tak moden kan, kau cakap. jaga pergaulan? kawan-kawan je kan, kau cakap. jangan buat bid'ah agama nanti rosak agama? benda baik, apa salahnya kau cakap.

Kalau semuanya apa yang Allah larang, apa yang Allah suruh, kau menjawab. Buat dunia sendirilah. Ampun maaf, kalau ada perkataan aku yang buat kau tersinggung. Tapi, tulah kau kena sedar, benda yang kau benci ni, agama kau aw, benda yang kau meluat ni, agama aw, benda yang kau malas nak dengar ni, agama aw, orang yang kau menyampah giler ni, orang yang sedang berusaha untuk masuk dalam syurga aw, dengan apa yang dia ada sekadar semampu dia... kalau demi agama. dia kena habis duit, terpaksalah, sebab dia nak akhir sekali hidup dia, 'ending' dalam syurga.

Sebab tulah, kena tanam dalam diri kau tu, rasa minat, rasa 'best', rasa 'happening', rasa gempak, rasa 'excited' nak dengar pasal agama, pasal hukum-hakam, pasal akidah, pasal ketuhanan, pasal kejayaan orang-orang Islam dulu-dulu, macam mana diorang boleh ubah masyarakat yang mundur kepada masyarakat yang maju, lahir batin. Semua benda tu, kau kena suka, kau kena minat, kau kena tanam, kena siram, kena baja, kena suburkan dalam hati. Barulah rasa 'best' je, bercakap pasal agama, bila ada orang datang nak borak pasal agama, kau rasa macam "yeah, ini yang aku cari." itu kena ada. itu kena ada dalam hati kau. 

Allah tu Tuhan kita. Tak ada lain dah.. Dialah yang kira amalan kita, yang tentukan syurga neraka kita, yang bagi kita kasih sayang, yang kita peluang demi peluang... untuk terus berjalan.. untuk terus hidup.. untuk rasa kasih sayang,, untuk rasa mencintai dan dicintai.. untuk bahagia.

Semoga bahagia kawan. Semoga, sayang kita tak hilang. Semoga, sayang kita pada agama tak hilang. Semoga, hati kita kekal, hati kita lurus pada Allah, pada Rasulullah. Semoga, kita tak benci dengan perkara-perkara kebaikan, dengan perkara-perkara yang menyeru, supaya kita buat baik. 

Aaa~miin. Semoga berbahagia.
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

11 May 2015

"Sampai bilakah , harus aku begini ?"

saya tak pernah paksa untuk siapa-siapa baca , apa yang saya tulis .
tapi kali ni , macam nak paksa jugak , sebab , macam penting . tapi , kalau taknak , silakan scroll ke bawah . baca dengan hati .

bukanlah saya seorang yang layak dalam memberikan kata nasihat , kerana siapalah saya yang penuh dosa dalam bayangan .

namun , sedikit pesanan dari diri yang penuh kekerdilan ini , dalam menyahut seruan dari mukjizat untuk keluar daripada golongan yang rugi ,agar 'berpesan-pesan kepada kebenaran' . al-asr ayat akhir .

inilah sedikit teguran , dan sampaikanlah kepada kawan-kawan yang mungkin menjadi pengajaran buat mereka atau mungkin menjadi 'seru hidayah' kepada mereka:

"kita hidup ini . tak lama , dan makin lama , kulit tangan kita sendiri pun bila kita buat nombor lima dan tengok dari 'opposite' tapak tangan pun , dah makin makin berkedut , tak tegang macam dulu lagi . tak percaya ? cuba cubit kulit tu , pastu tarik tengok macam mana .


tanya balik diri kita sendiri , 

'umur aku dah berapa dah ni ? betul ke umur aku dah sampai sini ? tak silap baru habis sekolah haritu . tup tup , dah masuk U dah . tapi perangai aku masih sama , tak pernah nak berubah . solat , selambek je tinggal-tinggal . puasa sunat , jangan haraplah nak buat . apalah nak jadi dengan aku ni . patutlah , hidup tak pernah terurus . konon-konon je nampak happy , upload gambar kat instagram semua , tapi hati aku macam ni jelah . happy time tu je . aku tak pernah dapat pun 'happy' yang betul-betul happy . fake je memanjang , senyum pun , tu lah . Allah je tahu , apa yang aku rasa dalam diri aku ni . aurat , entahlah , takkanlah nak tunggu orang lain tolong tutupkan nanti masa aku mati ? bila fikir-fikir balik , aku tak tahu sampai bila hidup aku nak jadi macam ni .'

betapa banyak matlamat yang kita dah 'plan' , satu pun tak pernah jadi . kalau jadi pun , tak lama . lepas tu , hancur . tapi kadang-kadang tu jadi pulak , ramai 'like' , ramai je yang sokong , ramai je support kita , walau apa yang kita buat ni Islam tak bagi . orang sokong je , yelah sebab kena dengan nafsu kan . kita pun , makin lama makin hanyut , lepas tu , ramai pulak yang sangkut sana-sini , dah 'hot' lah katakan , masa tu mana fikir apa-apa dah , tau nak ikut sedap hati , sedap nafsu je . sampai kita lupa Allah tu , tahu apa yang kita buat luar dalam . soroklah macam mana pun , Dia tahu jugak . tapi , kita peduli apa an ? neraka tu pun kita tak yakin , yelah tak pernah kena lagi kan , apa ada hal . sebab manusia ni memang macam tu , selagi dia tak kena , dia bolehlah berlagak sana-sani pom-pom jaja cerita hebat plus gebang dia tu . sekali dah kena , masa tulah nak cari Tuhan , eh , ada Tuhan rupanya . ada Allah kan . 


tu pun nasib baik , ingat . kalau tak jugak , tak tahulah nak cakap apa . dah patah riuk eksiden sana-sini , dan terbarai muka 'hot' cantik semua dah hilang , dah rosak semua baju 'vogue' 'hipster' semua tu , baru nak sedar ke .

apa je yang ada dekat dunia ni ? tahulah , kita ada macam-macam , ada iphone , ada galaxy , ada kereta sendiri , tu pun pinjam an . dah bangga bawak spouse , bawak couple sana-sini . ada apa yang kita nak kejarkan sangat ni ? 

lupa ke yang kita ni akan tinggalkan semua benda dalam dunia ni ? segala harta , popular kita tu semua akan hilang , kita tau yang akan tinggalkan semua tu . 

kita ni , lalai sangat , tau.. seronok... hidup 'happening' an , semua benda dah ada . kalau mak bapak kaya pulak , semua diorang support , tinggal nak minta je . kadang-kadang an , kita lupa , kita ni akan mati . berapa ramai je , yang hajat nak hidup sampai tua , last-last dia mati ? berapa ramai dah kawan-kawan kita , yang masih belum sempat kerja , dah mati ? nak bukti apa lagi ? nak tunggu malaikat tarik laju-laju nyawa kita , baru kita nak sedar ke ? buatnya tak sempat nak taubat , macam mana ?


sudah-sudahlah tu . وَالْعَصْرِ . baca lah surah ni sampai menangis . pastu carilah mana-mana tempat , duduk sorang-sorang . fikir apa yang patut , dah besar kan , dah boleh fikir sendiri dah , hidup kita , kita yang kena uruskan , bukan orang lain lagi dah . buat mana yang patut kita buat dulu , bukan tak boleh langsung nak happy-2 , tapi behave lah , sikit-sikit dah ,sebab apa ? ingat balik , kita ni hidup tak lama . 

selamat berfikir kawan .

Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

10 May 2015

Anjing itu tidak akan dihisab

sudah sempurna segala kulit dan isi kitab-kitab ilmiah yang dipelajarinya , lalu bapanya , datang kepadanya bertanyakan akan suatu soalan yang di dalam hati bapanya ada perkara yang akan diuji kepada anaknya itu sebelum dia layak untuk menyebarkan ilmunya . 

kerana ilmu yang layak disebarkan itu haruslah diamalkan terlebih dahulu . kebiasaannya , orang yang mengamalkan ilmu ini , semakin banyak dia belajar maka semakin dia merasakan dirinya cukup hina dek ketakutan kepada Allah itu sudah menebal dari dalam dirinya sendiri .

lalu si bapa datang kepada anaknya itu kemudian memberikan arahan kepadanya:
"wahai Fulan , pergilah akan kamu ke pasar untuk membeli barangan tertentu , kemudian carilah sesiapa sahaja yang kamu rasakan dia itu lebih hina daripada dirimu . dan pastikan , selepas maghrib ini , kamu bawakan dia berjumpa denganku ."

di sepanjang perjalannya dia berjumpa dengan pelbagai rupa dan macam-ragam manusia , yang langsung tidak dia menjumpai seseorang pun daripadanya yang lebih hina daripadanya , kerana dia menganggap dialah orang yang paling hina , sehinggalah pada suatu ketika , telah masuk waktu maghrib .

di luar masjid itu , dia terserempak dengan seorang warga tua yang duduk di situ sehinggalah semua orang selesai solat termasuk dirinya , kemudia dia keluar daripada masjid dan melihat orang tua itu tetap utuh di situ . maka berkatalah dia:
"mungkin inilah orang yang lebih hina daripadaku ,dan aku telah menjumpainya ." lantas ingin dia membawa pergi berjumpa dengan ayahnya itu kerana waktu sudah sampai ke kemuncak .

tetapi dia berfikir:
"dia ini adalah orang yang lebih tua daripadaku , dia ini kemungkinan ilmunya lebih banyak daripadaku , kemungkinan jasa dan ilmu yang diamalnya lebih banyak daripadaku , maka akulah yang lebih hina daripadanya ."


maka lantas tidaklah dia menmbawa orang tua itu pulang . kemudian , dia berjumpa dengan seekor anjing , yang pada pemikirannya itulah agaknya makhluk yang paling hina berbandingnya , tetapi dia terfikir:
"dia hanyalah seekor anjing yang tidak akan dihisab(dihitung) akan segala amalannya , sedangkan aku ini , akan dihisab oleh Allah untuk segala amalanku di dunia ini , maka , akulah yang lebih hina daripada anjing ini ."

maka , dia pulang ke rumahnya untuk berjumpa dengan bapanya dengan tangan kosong . maka bapanya menjawab:
"jika inilah tahapnya engkau beramal dengan ilmumu , maka engkau telah layak untuk menyebarkannya ."

*pengajarannya , orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya itu , dia tidak akan mudah melatah , malah dia akan sentiasa bersangka baik dan dia akan berfikir sebelum dia bertindak . maka itulah yang sering diucapkan oleh Allah dalam al-Quran . uulil Albab . orang-orang yang berfikir .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

07 April 2015

Potong lidahnya , ke'tidakamal'an .

masa kecik-kecik dulu , tak ingat , mungkin masa darjah 1 atau darjah 2 kot , baya-baya anak murid aku 2 tahun sebelum aku mengajar diorang masa tahun 2013 .

masa tu , kira macam aktif jugaklah dengar benda-benda tentang agama , dan paling aku ingat sekali sebab selalu diulang-ulang masa di sekolah adalah : 
"eh , jangan menipu , nanti kena potong lidah dekat akhirat nanti ."

yelah kecik-kecik kan , percaya je lah , lagi-lagi bila kadang-kadang ada ceramah pasal isra' mikraj , yang Nabi naik ke langit tu , ada ustaz cakap :
"Nabi ada tengok golongan manusia yang digunting lidahnya berkali-kali dalam neraka , sebab apa ? sebab dia banyak menipu dalam bercakap-cakap ."

fuh , masa aku dengar benda tu , i was like "pergh" . berkali-kali kot sebab menipu . dan masa tu , masa tulah kan , rasa macam kurang sikitlah nak menipu . 

tapi sekarang lepas aku dah belajar punya belajar , dan akhirnya aku dapati , apa yang selama ni aku pegang , salah . sebab dalam hadis yang sahih riwayat Imam Ahmad hadis dia yang sebenarnya lain . hadis yang sahih tu maksudnya , hadis yang benar yang confirm-confirm daripada Nabi Muhammad S.A.W.

rupa-rupanya , hadis yang betul adalah :
"golongan manusia yang dipotong atau digunting lidahnya dengan gunting daripada api adalah , golongan manusia pendakwah / penceramah / penyebar agama yang berkata atas perkara yang mereka tak lakukan ."


jadi , konklusinya atau kesimpulannya , dalam mendalami ilmu , pastikan kita tahu , sumber mana yang kita ambil , dan kita kena tahu , apa yang sepatutnya kita tahu , dan barulah kita dapat keyakinan untuk kita beramal dengannya dan seterusnya kita sebarkan .

dan ingat wahai para pemikul amanah , amalkanlah apa yang kita belajar kalau kita tak mahu , digunting lidah kita denga gunting daripada api . na'uzubillahi min zalik . moga Allah menjauhkan kita daripadanya .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

13 March 2015

Bawaku Terbang

aku memang tak pernah sekali pun menjejakkan kaki 
dalam lantai suatu kenderaan yang diberikan nama 'kapal terbang' masa zaman aku kecil-2 dulu . bermula pada umur 20 tahun 
dan pada itu sejarah telah aku cipta dengan berjaya merasai suasana bagaimana yang dimaksudkan 'bawaku terbang' .

kemarilah dekat denganku supaya dapat aku ceritakan padamu pengalamanku menaiki kapal terbang .


melonjak jiwa juga sanubari saat aku diberi peluang untuk aku menaiki jua merasai pengalaman terbang tanpa kepak . terduduk aku di 'seat' penerbangan setelah selesai segala urusan di luar .pada mulanya juruterbang membuat sedikit pengumuman lalu mengatakan , beberapa arahan yang berbunyi :
"kapal terbang akan berlepas sebentar lagi , mohon semua penumpang bersedia ."


berdegup-degup jantung menantikan kapal besi itu diangkat ke langit bagi meneruskan perjalanan ke destinasi . lalu semua manusia melakukan hal mereka jua diriku yang masih terpegun melayani perasaan jiwa yang terus melonjak gembira umpama berada di atas takhta . lalu tanpa sedar dalam terjaga , aku sudah pun berada di darat semula , meninggalkan awan-awan yang belum dapat ku amati semuanya .

sudah takdir mengatakan , sudah begitu yang tertulis di Luuh Mahfuz Tuhan . tiada apa yang berlaku , tidak ada bencana yang tidak diingini terjadi . alhamdulillah sudah sampai .

begitulah kehidupan .

ibarat tinggal di kapal besi yang terbang di angkasa , semuanya melakukan variasi perkara . hingga mereka terlupa , rupanya kapal terbang sedang berjalan membawa mereka ke suatu destinasi yang pasti di akhiri .

kita leka dalam tidak percaya bahawa kita , semua , akan jua , merasa , kiamat dunia , iaitu meninggal dunia . kita hidup dengan pelbagai macam agenda dan mengejar apa yang dicita , sampai , kita tergapai , bersama hati yang longlai , yang rupanya hidup kita sedang berjalan .

masa-masa yang telah kita tinggalkan , sebenarnya telah pun berlalu , kulit-kulit semakin berkedut , muka dari muda selaju-lajunya menjadi tua . kekuatan daya dan upaya semakin berkurang , hilang laksana helang yang terbang dengan kelajuan kapal terbang .

nah ! sudah berpuluh tahun kita menjalani kehidupan , langsung tidak kita sedarkan , bahawa hidup ini adanya pengakhiran . 


sedarlah dan bangkitlah , serta realitilah . kita semua tidak lama bersama mereka manusia di dunia yang fana penuh leka . bahawa kita akan mati , bahawa kita diperhati Ilahi , bahawa kita hidup bukan fantasi , bahawa kita akan diawasi , juga diteliti malaikat kanan dan kiri . bahawa kematian itu pasti , bahawa kiamat itu semakin mendekati . bahawa hari perhitungan itu akan berlaku .


semua manusia akan pergi , meninggalkan dunia ini . pasti .

hayati dah rasai apa yang cuba disampaikan Ilahi dari firman-Nya ini :

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. 
Maka tidakkah kamu memahaminya ?"

(Al-An'am ayat 32)
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

26 February 2015

Tapak tangan yang kosong

selesai perdebatan mereka tadi , ustaz ada beri komentar sedikit dan dia cakap :

"kamu kena ingat ya , ustaz buat debat ni , bukan saja-saja . ini markah 'carry mark' kamu , dan juga latihan buat kamu , supaya kamu latih diri ke satu peringkat yang lebih tinggi , iaitu berani dalam mengemukakan hujah kamu . kerana jika kamu belajar sesuatu ilmu , dan kamu yakin akan kebenarannya , kamu boleh berhujah atas hujah dan ilmu yang kamu ada . kamu sedang melangkah ke suatu 'step' yang mana kamu berjaya mengemukakan hujah atas kebenaran , walaupun ramai orang kata salah .


pengalaman saya dengan budak disleksia , apabila saya tanyakan padanya '2+2= berapa ?' lalu dia menjawab , 0 . lalu , saya mengambil beberapa batang mancis , lalu saya meletakkan 2 batang mancis pada tapak tangan kiri , dan 2 batang mancis pada tapak tangan kanan . lalu saya sekalikan dengan menutup kedua-dua tapak tangan saya , saya tanyakan soalan yang sama '2+2=berapa ?' lalu jawapannya masih 0 . adakah salah jawapan dia , 2+2=0 ? tak , dia tidak salah , kerana dia tidak nampak apa contoh yang saya bawakan , sebab saya sendiri menutup kedua tapak tangan saya .

kita kena lihat , setiap sudut daripada pandangan orang pada sudut yang berbeza , dan membandingkan dan temui satu jalan jawapan yang betul seterusnya kamu akan dapat menyatakan hujah yang kuat ."

*ilmu hadir dengan membaca , musykil terjawab dengan bertanya , rasa tidak puas hati , hilang selepas diluahkan , ketenangan hadir saat kita sudah mengkaji pada kebenaran .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

23 February 2015

Sebaraib

"kalau kau nak tahu , semalam aku minum arak kot , ni , semalam aku , buat benda tak elok , lepas tu , aku ada curi benda ni kat budak tu , semalam aku 'dating' dengan awek aku bai ."

dah tu , yang kau cerita dekat aku ni kenapa ? kau tau tak , yang Allah tak ampunkan aw , dosa yang kau cerita kat aku ni . dosa ni aib kita , dah elok-2 Allah sembunyikan 'aib' kau , kau pergi bangga sebarkan kenapa ?

tak kisah lah , kau cerita dekat aku sorang ke , kau pergi 'post' kat facebook and kau bagitahu khalayak ramai apa yang buat ke , kau nak likers kau like berjuta ke , n support apa kau buat ke , kau letak caption "doakan kami till jannah ke" "kami akan kekal , insya-Allah" ke , terang-terang yang kau buat tu , dosa . itu maknanya kau sendiri yang bukak dosa kau sendiri , kau sendiri yang bukak aib kau , Allah tak pandang aw taubat kau , nauzubillah . taubatlah . ni sekarang kau dah tau kan ? lepas ni janganlah cerita dosa kau kat orang lain .


cukup-cukuplah , sudah-sudahlah . taubatlah bro . jangan ouh , nanti kalau Allah tak ampunkan kau , dekat siapa lagi kau nak mengadu dosa kau ? 

"Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa 
kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). 
Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa 
adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, 
kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia 
dosa yang dia lakukan semalam, 
padahal Allah telah menutupi aibnya. 
Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". 
Sebenarnya pada waktu malam ,
Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, 
tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah."

(HR. Bukhari no. 6069 dan Muslim no. 2990)

*jangan zahirkan dosa kita , kalau haram buat cara haram . jangan halalkan apa yang haram .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

13 February 2015

Perginya Seorang Pejuang Lagenda Sunnah

Doa yang Nabi ajarkan , kepada jenazah yang telah pergi adalah :
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه 
"Ya Allah ampunkan dia , kasihani dia , selamatkan dia dan maafkan dia ."



Ini adalah antara sumbangan beliau , Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dalam menyatakan pegangan akidahnya dan inilah akidah yang benar , digabungkan dengan penerangan oleh Dr.MAZA .
Semoga beliau , ditempatkan dalam kalangan orang yang bertaqwa .

Allahyarham Nik Aziz feat Dr.Maza : "Aqidah Islam Sebenar ."





Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

12 January 2015

Susulan 'Kes K-Pop'

aku sebenarnya tak berapa suka nak bercakap tentang isu semasa yang berlaku baru-baru ni , sebab dakwah tu bukan ikut isu . tapi entah kenapa aku rasa macam terpanggil untuk menyuarakan sesuatu . it's all about 'kes kepop' tu .

aku yakin dan percaya , yang semua orang dah tengok apa yang berlaku kan ? macam-macam 'statement' yang keluar . dan kebanyakan ramai orang yang cenderung untuk salahkan perempuan yang terlibat tu . ya , aku tak nafikan , benda yang diorang buat tu , boleh jadi fitnah kepada islam .


tapi itu bukan jalannya atau elemen , untuk kita halalkan mulut kita untuk bercakap  sesuatu yang boleh menyebabkan , orang lagi jauh dengan agama . macam-macam gelaran yang orang bagi dekat si pelaku , betina lah , perempuan memalukanlah , and so on .

macam ni ke caranya Islam mendidik kita untuk ajak orang lain lebih dekat dengan agama ? dengan kata keji-kejian ? dengan seburuk-buruk hentaman ? lidah ni lagi tajam tau dari pedang . 

semua orang dalam dunia ni , tak pernah terlepas dari buat silap . dan , termasuk diri kita sendiri . dan mungkin itu silap dia , sampai terlalu fanatik , sampai dah tak boleh nak kawal diri dia sendiri . tapi kita , yang iman masih tebal ni , dan mungkin ada peluang belajar agama , adakah selayaknya kita nak keluarkan kata-kata yang menyebabkan orang rasa menyampah dengan agama ?


ok bayangkan ea , kalau ada orang cakap macam ni : "perempuan macam ni lah , perempuan yang tak ada langsung maruah ." "perempuan macam ni , tak boleh buat isteri ." "lebih baik matilah daripada malukan islam" "betina kurang iman , macam ni lah" . agak-2 , kalau diorang baca statement macam ni , ingat diorang lagi suka ke dengan agama ? macam mana kalau dengan sebab kata-kata yang keluar dari mulut kita , buat diorang lagi tertekan dan nauzubillah , keluar dari Islam ? jangan jadi punca orang lari dari agama .

Nabi , ajar kita membenci perkara yang haram . dan yang bertentangan dengan agama . dan jangan lupa , Nabi jugak ajar , untuk memaafkan orang . Nabi jugak ajar , untuk tak mengeji orang . Nabi jugak ajar , untuk bagi peluang dekat orang . 


mungkin sekarang kita boleh cakap , orang tu teruk . orang ni teruk . pendek kata , semua yang kita tak buat dan kita nampak apa yang orang buat , semuanya teruk . tapi , jangan lupa , Allah akan uji untuk apa yang pernah kau cakapkan dekat orang . dan kau tahu ke ujian apa yang Allah akan bagi kat kau nanti ? mungkin , masa tu kita lagi teruk daripada apa yang kita cakap . nauzubillah .

cara yang paling murni dan indah adalah , first sekali bila kita nampak kemungkaran depan mata , 1. minta dijauhkan oleh Allah "Nauzubillah" (Jauhkan aku daripadanya ya Allah) , then , 2. menyeru mereka , supaya bertaubat kerana Allah menerima taubat untuk hamba-Nya yang berdosa . 3. berhenti , untuk mengata atau mengeji pelaku dan menyebarkan keburukan mereka kepada khalayak .

agama itu peluang .
hati-hati dalam berbicara . kerana mulut , iman binasa .

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah: 
"Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. 
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. 
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ."
(Surah Az-Zumar ayat 53)

wallahu'alam .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

Copyright© Ilustrasi Nashrul