Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

26 October 2014

Realiti dalam kenangan

 kenangan , kadang-kadang boleh membuatkan air mata kita mengalir tanpa kita sedari . dan kita mempersoalkan di mana hilangnya semua orang yang pernah kita kenal dulu , yang pernah kita tegur dulu , yang pernah hadir dalam hidup kita dulu .  mereka berubah saat kita baru cuba mendekat , dalam masa yang sama kita juga berubah . baik atau buruk , biar kita sendiri yang menjawabnya . semuanya hilang di mata kita , dan mula jauh dan ada juga yang dah pergi meninggalkan kita .

tetapi begitulah kehidupan . kita kena hidup atas realiti . realiti bahawa kenangan yang kita tinggalkan tu bukan milik kita . itu suratan yang telah tertulis oleh-Nya . terimalah kenyataan ini dengan ikhlas dan redha bahawa segala apa yang telah kita lalui bersama mereka , bukanlah milik kita yang kekal . 

hanya kerana Dia berkuasa atas segala sesuatu . Dia berhak untuk lakukan apa sahaja yang Dia berkehendak . kita perlu sedar , bahawa apa yang ada di sekeliling kita ini hanyalah pinjaman . terlalu banyak harapan dan janji yang telah kita semaikan . terlalu banyak kasih sayang yang telah kita curahkan , dan sudah tentu kita terlalu mengharapkan untuk hari esok .

kita menafikan dan hampir tidak percaya bahawa semuanya telah berlalu , dalam masa yang cukup singkat .

tidak , bukan begitu caranya jika kita mengakui bahawa kita hanyalah seorang hamba dari Tuhan yang Esa . ya , mungkin perubahan itu berlaku . dari seorang yang dulunya gemar bersosial kini sudah meninggalkan zaman-zaman itu . namun , tidak selayaknya perubahan yang kita lakukan itu membuatkan kita jauh dari sebenar-benar harapan kita , iaitu Allah yang Maha Penyayang .

perlu ada kesedaran bahawa kita ini "Dari Allah dan kepada-Nya kita kembali" . kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku suatu hari nanti atau mungkin sekejap lagi . nyawa kita akan keluar dari badan kita tanpa kita sempat mengucapkan selamat tinggal yang menarik nyawa kita tanpa kita sangka dalam sekelip mata .

kerana itu tidak mungkin kita menyangka atau seperti yang diharapkan semua iaitu mencuba untuk hidup selamanya . kerana itu realitinya kita semua , setiap seorang daripada kita akan pergi satu persatu . maka dengan itu , tiadalah nasihay yang lebih berguna melainkan , pulanglah semula pada Allah . baliklah semula pada Dia yang menciptakan kita . kerana dan moga kita tidak lupa kalimah 'sementara' .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

24 October 2014

Pulangkan semula milik-Nya

mungkin ,  cerita yang bakal aku sampaikan ini agak sedih , namun terselindung pengajaran yang boleh kita semua ambil iktibar . khas buat semua ...

demikianlah ternukilnya satu kisah yang dihadirkan oleh Imam Malik dalam kitabnya 'Al-Muwata' ' :
sudah sekian lamanya seorang Ulama' yang disegani ini menjalinkan cinta bersama dengan separuh dari hatinya iaitu isterinya , namun secara tiba-tiba dia mendapat berita bahawa , 
isterinya meninggal dunia .


dia tidak menyangka dan mula berubah hati , lalu bersikap tidak mahu bertegur sapa dengan sesiapa pun . jika dulu , dia aktif dalam memberikan ilmu , kini tidak lagi . 

lalu datang seorang wanita yang merupakan penuntut ilmu yang selalu hadir ke majils ilmunya dan ingin berjumpa dengannya . kemudian menyatakan hasratnya untuk berjumpa . lalu disanggah seseorang yang menjaga pintu rumah Ulama' itu dengan berkata :
"dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa!"

lalu wanita itu membalas :
"aku terlalu ingin berjumpa dengannya , kerana aku ingin bertanyakan soalan kepadanya . jika tidak kau izinkan , aku akan menunggu di sini sehingga aku mendapat jawapan daripadanya ."

lalu penjaga rumah itu berjumpa dengan Ulama' itu mengadukan hal yang berlaku :
"aku khuatir akan berlaku fitnah terhadapmu jika engkau tidak menjawab soalannya kerana baru sahaja kematian isteri tetapi sudah ada wanita yang datang ke rumahmu ."

kemudian akhirnya , wanita itu berjaya untuk berjumpa dengan Ulama' itu untuk bertanyakan soalan :
"jiranku memberikanku emas miliknya kepadaku , kemudian aku memakai dan menjaganya . tetapi dia tidak menuntut emasnya itu sejak sekian lama . setahun , 2 tahun , 3 tahun , 4 tahun , 5 tahun . namun setelah 6 tahun , barulah jiranku itu datang untuk menuntut emas miliknya . adakah perlu aku berikan semula emas itu kepadanya ?"

Ulama' itu menjawab :
"ya , pulangkan semula ."


wanita itu membalas :
"tiada masalah untukku memulangkannya semula , tetapi aku sudah menjaganya sekian lama . sedangkan dia sepatutnya menuntut kepadaku awal-awal lagi ?"

Ulama' itu menjawab :
"bukan persoalan lama atau tidak , tetapi siapakan pemilik kepada emas itu ?"

wanita itu membalas :
"sudah tentu kepunyaan jiranku . tetapi aku sudah memegang emas miliknya sudah sekian lama , tuan ."

Ulama' itu menjawab :
"sekali lagi aku katakan , bukan persolan tempoh , pulangkan semula emas miliknya . "

wanita itu membalas dan memberikan sedikit nasihat :
"terima kasih untuk jawapan yang telah engkau berikan .
tuan , bukankah isterimu yang telah pergi itu milik Tuhan ? Allah memberikannya kepadamu begitu lama untuk tuan berkasih dengannya , lalu Tuhan menghantar Malaikat Maut untuk mengambilnya semula , tiba-tiba tuan tidak redha akan peristiwa yang menimpa tuan . tuan tidak mahu mengajar , tuan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa , tuan tidak mahu makan dan membuat perkara lain ."


sejurus selepas mendengar nasihat dari wanita itu , barulah dia tersedar bahawa apa yang dia lakukan selama ini hanyalah disebabkan dia terlalu melayankan perasaannya .

segala apa yang 
ada di depan mata kita di dunia ini ,
ingatlah :

"itu hanya pinjaman ."
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

Copyright© Ilustrasi Nashrul