Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

13 February 2013

Keindahan Sebenar

Assalammulaikumwarahmatullah...

( Seperti biasa,kalau nak suasana,"play"kan video ni )


"tidak ada apa yang lebih indah,selain melihat orang di sekeliling kita,tersenyum."

tapi ada dua jenis senyuman.

1 - senyum di dunia.

2 - senyum di akhirat.


antara dua jenis senyuman tu.
yang paling susah sekali kita nak buat ialah.
senyuman yang ke - 2.
senyum di akhirat.

sebab,
kita tak dapat rasa
atau
dapat duga.
apa yang akan berlaku.
di akhirat.
di alam barzakh.


senyum ke kita pada masa tu?

macam mana kita nak buat orang sekeliling kita senyum di akhirat??


1 -  tegur apa yang salah. ( bukan support untuk benda salah yang dia buat )
2 - sokong segala perubahan yang baik pada diri dia.
3 - jaga hati dia.
     *maksud jaga hati = menyelamatkan dia daripada tergelincir dalam maksiat. bukan jaga hati,dengan       biarkan dia buat apa yang dia suka tapi menyalahi islam.
4 - doakan dia.sebab antara doa yang dimakbulkan adalah doa seorang sahabat.tanpa diberitahu.sentiasa doakan sahabat kita..bukan setakat cakap je...tapi bila berdoa..tak ingat pun kawan kita tu.



senyuman yang tidak akan aku lupakan.*selamat harijadi Abah. :)


Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan WAJAH YANG MANIS (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)

senyumlah di dunia,untuk mendapat senyuman di akhirat.
senyuman di akhirat,tidak semestinya memerlukan senyuman sahaja di dunia.
kerana,,banyak keperitan yang akan dilalui oleh bakal penghuni syurga.
insya-Allah.
ce senyum sikit?
:)

AllahummasollialasaiyidinaMuhammad.
*teringin nak tengok senyum Nabi Muhammad.

alang-alang aku dah letak gambar ibu ngan abah aku,,cuba tengok video ni.layaann~~


Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

No comments:

Post a Comment

Copyright© Ilustrasi Nashrul