Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

13 March 2015

Bawaku Terbang

aku memang tak pernah sekali pun menjejakkan kaki 
dalam lantai suatu kenderaan yang diberikan nama 'kapal terbang' masa zaman aku kecil-2 dulu . bermula pada umur 20 tahun 
dan pada itu sejarah telah aku cipta dengan berjaya merasai suasana bagaimana yang dimaksudkan 'bawaku terbang' .

kemarilah dekat denganku supaya dapat aku ceritakan padamu pengalamanku menaiki kapal terbang .


melonjak jiwa juga sanubari saat aku diberi peluang untuk aku menaiki jua merasai pengalaman terbang tanpa kepak . terduduk aku di 'seat' penerbangan setelah selesai segala urusan di luar .pada mulanya juruterbang membuat sedikit pengumuman lalu mengatakan , beberapa arahan yang berbunyi :
"kapal terbang akan berlepas sebentar lagi , mohon semua penumpang bersedia ."


berdegup-degup jantung menantikan kapal besi itu diangkat ke langit bagi meneruskan perjalanan ke destinasi . lalu semua manusia melakukan hal mereka jua diriku yang masih terpegun melayani perasaan jiwa yang terus melonjak gembira umpama berada di atas takhta . lalu tanpa sedar dalam terjaga , aku sudah pun berada di darat semula , meninggalkan awan-awan yang belum dapat ku amati semuanya .

sudah takdir mengatakan , sudah begitu yang tertulis di Luuh Mahfuz Tuhan . tiada apa yang berlaku , tidak ada bencana yang tidak diingini terjadi . alhamdulillah sudah sampai .

begitulah kehidupan .

ibarat tinggal di kapal besi yang terbang di angkasa , semuanya melakukan variasi perkara . hingga mereka terlupa , rupanya kapal terbang sedang berjalan membawa mereka ke suatu destinasi yang pasti di akhiri .

kita leka dalam tidak percaya bahawa kita , semua , akan jua , merasa , kiamat dunia , iaitu meninggal dunia . kita hidup dengan pelbagai macam agenda dan mengejar apa yang dicita , sampai , kita tergapai , bersama hati yang longlai , yang rupanya hidup kita sedang berjalan .

masa-masa yang telah kita tinggalkan , sebenarnya telah pun berlalu , kulit-kulit semakin berkedut , muka dari muda selaju-lajunya menjadi tua . kekuatan daya dan upaya semakin berkurang , hilang laksana helang yang terbang dengan kelajuan kapal terbang .

nah ! sudah berpuluh tahun kita menjalani kehidupan , langsung tidak kita sedarkan , bahawa hidup ini adanya pengakhiran . 


sedarlah dan bangkitlah , serta realitilah . kita semua tidak lama bersama mereka manusia di dunia yang fana penuh leka . bahawa kita akan mati , bahawa kita diperhati Ilahi , bahawa kita hidup bukan fantasi , bahawa kita akan diawasi , juga diteliti malaikat kanan dan kiri . bahawa kematian itu pasti , bahawa kiamat itu semakin mendekati . bahawa hari perhitungan itu akan berlaku .


semua manusia akan pergi , meninggalkan dunia ini . pasti .

hayati dah rasai apa yang cuba disampaikan Ilahi dari firman-Nya ini :

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. 
Maka tidakkah kamu memahaminya ?"

(Al-An'am ayat 32)
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

1 comment:

Copyright© Ilustrasi Nashrul