Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

26 October 2014

Realiti dalam kenangan

 kenangan , kadang-kadang boleh membuatkan air mata kita mengalir tanpa kita sedari . dan kita mempersoalkan di mana hilangnya semua orang yang pernah kita kenal dulu , yang pernah kita tegur dulu , yang pernah hadir dalam hidup kita dulu .  mereka berubah saat kita baru cuba mendekat , dalam masa yang sama kita juga berubah . baik atau buruk , biar kita sendiri yang menjawabnya . semuanya hilang di mata kita , dan mula jauh dan ada juga yang dah pergi meninggalkan kita .

tetapi begitulah kehidupan . kita kena hidup atas realiti . realiti bahawa kenangan yang kita tinggalkan tu bukan milik kita . itu suratan yang telah tertulis oleh-Nya . terimalah kenyataan ini dengan ikhlas dan redha bahawa segala apa yang telah kita lalui bersama mereka , bukanlah milik kita yang kekal . 

hanya kerana Dia berkuasa atas segala sesuatu . Dia berhak untuk lakukan apa sahaja yang Dia berkehendak . kita perlu sedar , bahawa apa yang ada di sekeliling kita ini hanyalah pinjaman . terlalu banyak harapan dan janji yang telah kita semaikan . terlalu banyak kasih sayang yang telah kita curahkan , dan sudah tentu kita terlalu mengharapkan untuk hari esok .

kita menafikan dan hampir tidak percaya bahawa semuanya telah berlalu , dalam masa yang cukup singkat .

tidak , bukan begitu caranya jika kita mengakui bahawa kita hanyalah seorang hamba dari Tuhan yang Esa . ya , mungkin perubahan itu berlaku . dari seorang yang dulunya gemar bersosial kini sudah meninggalkan zaman-zaman itu . namun , tidak selayaknya perubahan yang kita lakukan itu membuatkan kita jauh dari sebenar-benar harapan kita , iaitu Allah yang Maha Penyayang .

perlu ada kesedaran bahawa kita ini "Dari Allah dan kepada-Nya kita kembali" . kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku suatu hari nanti atau mungkin sekejap lagi . nyawa kita akan keluar dari badan kita tanpa kita sempat mengucapkan selamat tinggal yang menarik nyawa kita tanpa kita sangka dalam sekelip mata .

kerana itu tidak mungkin kita menyangka atau seperti yang diharapkan semua iaitu mencuba untuk hidup selamanya . kerana itu realitinya kita semua , setiap seorang daripada kita akan pergi satu persatu . maka dengan itu , tiadalah nasihay yang lebih berguna melainkan , pulanglah semula pada Allah . baliklah semula pada Dia yang menciptakan kita . kerana dan moga kita tidak lupa kalimah 'sementara' .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

No comments:

Post a Comment

Copyright© Ilustrasi Nashrul