Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

22 August 2015

Umur, yang singkat.

Dalam kehidupan sehari-hari, kita mempunyai dua puluh empat jam dalam sehari. 24 jam itu, satu nilai yang terlalu sedikit sebenarnya, jika diperhatikan dengan lebih mendalam.

Seorang manusia yang beriman kepada Allah dah Hari Akhirat itu, mempercayai dan meyakini bahawa, adanya suatu hari kesemua manusia itu akan dikumpulkan, pada Hari Kiamat atau dalam bahasa Inggerisnya 'The Next Day'.

Dalam perbahasan Ulama' juga disebutkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. bahawa 1 hari di akhirat itu bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Bermakna, 500 tahun di dunia, bersamaan dengan setengah hari sahaja di akhirat.

Jika 250 tahun di dunia, bererti, hanya 1/4 hari sahaja di akhirat, manakala jika 100 tahun di dunia, ukuran masa di akhirat, kita hanya hidup sekadar 1 jam sahaja. 

Misalnya, seseorang diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk meneruskan kehidupan sehingga pada umur 100 tahun, ini bermakna mengikut masa akhirat, dia hanya hidup sekadar 1 jam sahaja di dunia.

Jadi, dalam masa 1 jam masa ukuran waktu akhirat, dia melakukan kemungkaran, dia ingkar, dia tak taat dengan Allah, menjadikan dia terjun ke neraka. Oleh sebab itulah, waktu 1 jam yang Allah peruntukkan kepada kita itu, perlu dijaga dengan sebaiknya. 

Isikan dengan ketaatan.

Mungkin, jika Allah memberikan kita masa yang lama untuk hidup, berjuta-juta tahun misalnya, kita lakukan kemungkaran, bersoronok dengan keduniaan, lalu kita masuk neraka, boleh tahanlah.

Ini tidak, hanya kerana satu jam kita melakukan maksiat, lalu kita masuk neraka untuk selama-lamanya? Cuba fikir. Gerun. Ngeri. 

1 jam inilah, kalau silap kita gunakan, maka nerakalah tempat kita. Itupun, kalau Allah memberikan masa 100 tahun untuk hidup, macam mana kalau kita hidup hanya sekadar 50 tahun? Setengah jam sahaja nisbah akhirat. Jadi setengah jam tulah yang kita gunakan untuk berfoya-foya, kita lupakan Allah... Allah.. setengah jam? lalu kita kena terjun dalam neraka selama-lamanya? Fikir panjanglaah. 

Kalau umur setakat 25 tahun? 15 minit je ouh... tak relevan, kita rosakkan masa sesingkat tu, untuk terjun ke neraka, kan?
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

19 August 2015

Sedar.

Aku tak faham kenapa ea, bila ada orang bercakap tentang agama, ambik serius pasal agama, 'touch' pasal agama, korang dah 'start' nak menyampah, dah mula rasa macam tak senang duduk, rasa macam lain, rasa macam tak 'happening', rasa macam "hak alah.. rilek ah..'noob' ah kau ni,, sikit-2 masuk pasal agama. ustaz2."

hey, jaga mulut elok-elok kawan, ni aku tanya kau lah, asal ea, setiap kali orang 'up' benda-benda agama kat kita, dia tegur pasal aurat, pasal tudung, pasal hati, pasal pergaulan laki pempuan, pasal bid'ah, pasal melabel, pasal seluruh perkara dalam hidup kau, dan segala yang berkaitan dengan agama. kau jadi macam... malas sangat nak dengar, malas sangat nak amik 'port'.

Wei, yang ni agama kau aw, yang dia tegur tu salah kau dalam agama! yang dia tegur tu, pasal aurat kau, pasal pergaulan bebas kau! pasal ada salah dan silap kau dalam agama.... dia tegur untuk tolong kau... untuk tolong baik pulihkan kau.. untuk tolong kau kenal rasa bertuhan, rasa ada Allah, rasa ada Nabi. rasa yang kita ni hambaaaa... tolonglah ingat benda tu.. bukan sebab lain.. dan lagi satu dia tegur kau, dia nak sama-sama kita masuk syurgaaaaaa.. faham ke tak ni..

Kau tau kan, jalan nak pergi syurga tu,, bukan senang.. bukan 'red carpet'.. jalan dia penuh liku, penuh duri.. penuh dugaan.. jalan nak pergi sana... mana ada benda yang 'best'... tak ada.. tak ada ouh.. solat? rasa malas. puasa? ingat 'best'? tutup aurat? tak moden kan, kau cakap. jaga pergaulan? kawan-kawan je kan, kau cakap. jangan buat bid'ah agama nanti rosak agama? benda baik, apa salahnya kau cakap.

Kalau semuanya apa yang Allah larang, apa yang Allah suruh, kau menjawab. Buat dunia sendirilah. Ampun maaf, kalau ada perkataan aku yang buat kau tersinggung. Tapi, tulah kau kena sedar, benda yang kau benci ni, agama kau aw, benda yang kau meluat ni, agama aw, benda yang kau malas nak dengar ni, agama aw, orang yang kau menyampah giler ni, orang yang sedang berusaha untuk masuk dalam syurga aw, dengan apa yang dia ada sekadar semampu dia... kalau demi agama. dia kena habis duit, terpaksalah, sebab dia nak akhir sekali hidup dia, 'ending' dalam syurga.

Sebab tulah, kena tanam dalam diri kau tu, rasa minat, rasa 'best', rasa 'happening', rasa gempak, rasa 'excited' nak dengar pasal agama, pasal hukum-hakam, pasal akidah, pasal ketuhanan, pasal kejayaan orang-orang Islam dulu-dulu, macam mana diorang boleh ubah masyarakat yang mundur kepada masyarakat yang maju, lahir batin. Semua benda tu, kau kena suka, kau kena minat, kau kena tanam, kena siram, kena baja, kena suburkan dalam hati. Barulah rasa 'best' je, bercakap pasal agama, bila ada orang datang nak borak pasal agama, kau rasa macam "yeah, ini yang aku cari." itu kena ada. itu kena ada dalam hati kau. 

Allah tu Tuhan kita. Tak ada lain dah.. Dialah yang kira amalan kita, yang tentukan syurga neraka kita, yang bagi kita kasih sayang, yang kita peluang demi peluang... untuk terus berjalan.. untuk terus hidup.. untuk rasa kasih sayang,, untuk rasa mencintai dan dicintai.. untuk bahagia.

Semoga bahagia kawan. Semoga, sayang kita tak hilang. Semoga, sayang kita pada agama tak hilang. Semoga, hati kita kekal, hati kita lurus pada Allah, pada Rasulullah. Semoga, kita tak benci dengan perkara-perkara kebaikan, dengan perkara-perkara yang menyeru, supaya kita buat baik. 

Aaa~miin. Semoga berbahagia.
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

Copyright© Ilustrasi Nashrul