Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

30 April 2014

Jalan Bahagia Itu Penuh Duri

"macam ni lah , kau nak ikut aku ke tak ? aku nak gerak ni . kau taknak gerak , aku gerak . kenapa ? takut ? goyang ? 

tak ada hidup yang senanglah , kalau kau nak bahagia dekat akhirat nanti ! 
aku nak tanyalah . 
dari Nabi sampai sahabat dan salafus soleh , hidup diorang macam mana ?  



duduk goyang kaki ke ?
bukan kena lempar macam-2 ke .
dengan batunya , dengan panahnya
macam-macam yang diorang hadap aw .

tapi hidup diorang macam mana ?
bahagia . 
bahagia di sisi Allah . tenaaang je .

dah , sekarang ni kau nak ikut aku ke tak ?
tegakkan kebenaran ?

kalau nak . jom .
jom hidup susah .

kalau taknak .
duduk situ diam-2 .
kau tinggallah dalam dunia yang banyak tipu daya ni .

esok , kau jawablah depan Allah macam mana .

gerak dulu ."



"tu kebenaran ada kat bawah tu ."
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

Hakikat Perkahwinan

"saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah ustaz

marah saya dah buat , pukul saya dah buat , bagi apa yang dia nak saya dah bagi , pendek kata semua saya dah buat . tapi semua tu tak menjadi , 

masuk ni dah 7 kali dah cikgu dia hantar surat yang dia tak datang sekolah . "

anak jantan pakcik yang nombor berapa jadi macam tu ?

"bukan jantan ustaz , perempuan . "

ustaz itu dengan terkejut lantas menjawab dengan tenang :
"kahwinkan dia . 
bagi dia rasa tanggungjawab sikit . pakcik kahwinkan dia , lepas tu pakcik tak payah tolong dia apa-2 . cakap kat dia :

"la ni aku tak mau tolong hang apa-2 lagi dah . hang pandai-2lah hidup dengan suami hang . macam mana hidup . "

lepas tu pakcik duduk rumah macam biasa . pakcik pergi kerja .

seminggu lepas tu ,
isteri kepada pakcik yang bertanya ni 'call' ustaz dan dia cakap :
"ustaz ni gila . umur 15 tahun suruh anak saya kahwin . gatal sungguh naa !"

THIS MENTALITY SHOULD BE DESTROY .

hanya kerana 
kita disogok bahawa nikah itu
hanya penuh dengan 'sweet' semata .

tidak tidak tidak .
bukan itu
yang sebenarnya .

ada sekali masa aku dalam ktm
aku ada nampak
seorang ayah mendukung anaknya yang sedang tidur .



dan aku cakap :
"inilah sebenarnya perkahwinan ."

lalu kawan aku pun cakap :
"betullah tu apa yang kau cakap . 
ada sekali masa abang aku punya anak dia sakit . lepas tu dia 'call' mak aku . 
mak aku cakap macam-2 sampai dah tak tahu nak nasihat apa lagi . 

lepas tu ayah aku minta telefon dari mak aku dan dia cakap :
"inilah , inilah yang kau nak dulu kan ? inilah yang dulunya kau nak cepat-2 sangat kahwin kan ? inilah sebenarnya kahwin , kau kena hadaplah . "

ha ! kan dah cakap .
once bila kau dah cakap :
"aku terima nikahnya ."


maksudnya .
bermakna .
the meaning is .
kau dah bersedia untuk bawak dia pergi syurga .

dan ingat ea .
jalan ke syurga , 
bukan red carpet .

penuh duri .

penuh tanggungjawab .


"sekarang ni adalah senang untuk 
melakukan dosa dari menahan diri daripadanya . 
sebab tulah saya cakap jangan tangguhkan nikah ." 

-Mufti Ismail Menk-

Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

Pesanan Buat Semua

ada something yang aku nak cakapkan ni .

aku nak minta maaf pada semua yang aku kenal ,
ataupun yang tak aku kenal 
kalau-2 aku ada buat salah apa-2 .

sama ada aku 
sedar ataupun tak .

kalau ada yang tak puas hati .
PM (Private Message) aku dekat fb aku ni : Mohd Nashrul Hafiz ,
tolong jangan simpan rasa tu dalam hati lama-2 .

bagitahu je .
jangan risau , aku tak makan orang .

maafkan aku .

bukan apa ,
cuma nak cakap .

sekarang ni , 
kita dah takde masa dah kawan .
kita dah kesuntukan masa .

dah macam-2 tanda yang Nabi cakap
dah pun berlaku

dan tanda besar pertama
nak kiamat 
adalah 
matahari naik sebelah barat .

dan masa tu ,

kau taubatlah banyak mana pun .


PINTU TAUBAT DAH TUTUP .

dah tak guna dah .

keluarga-2 ,
kawan-2 , sahabat-2 , 
dan
semua saudara seislam sekalian .

bertaubatlah .
cepat-2lah bertaubat .
sebelum terlambat .

zaman fitnah sekarang ni .
cukup susah kalau kita nak jaga iman kita .

sudah-2lah dengan benda yang kita dah buat dulu .
tinggalkanlah .

dah takda masa dah ni .

renung balik ,
apa yang kau dah buat 
selama kau hidup ni .



berpeganglah pada Al-Quran & sunnah .
tinggalkan bid'ah .
tinggalkan maksiat .

kerana tu je 
yang akan selamatkan kita .

Allaaa~aahuakbar .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

29 April 2014

How Life Should Be Like

kalau masa dulu ,
aku selalu ingat 
"besar nanti kalau aku jadi cikgu , aku nak jadi cikgu sekolah rendah , 
senang sikit nak ajar" 

tapi aku silap .

tak semudah yang aku sangkakan .

"ingat senang ke nak ajar bebudak ni semua ?"

dalam tengah-2 ajar pun
dia boleh bantai main gasing .
dalam gambar ni pun ,
kononnya ceria tu nak belajar . haha .

tapi 'stylo' jugak diorang ni .
dulu aku kalau belajar iqra' takde sampai macam ni .
siap naik 'train' bagai an .

tapi takpelah .
asalkan belajar .

tapi,
bukan tu yang aku nak cakap .

hidup ni bukan sekadar
apa yang kita sangkakan .

hidup ni lebih kepada
ketabahan .
secara kasarnya ,
"hidup ni takde lain de , kau kena hadap apa yang datang dalam hidup kau ,
hadap je , amik apa yang patut , lepas tu , gerak , maju pergi depan ."

macam dalam lagu
kopratasa tu
"ku ingin kau mengerti , bahawa hidup ini , tak semudah yang kita janjikan ."

so , 'conclusion' dia .
hidup ini taklah se'sweet' yang kau idam-2kan tu ,
hidup ini sejauh mana kita mampu bertahan untuk harungi hidup ini bersama .

cheewaah .



Allah wahyukan Nabi untuk kita contohi ,
dan pasti ada penyelesaiaan untuk setiap setiap masalah Allah berikan kepada kita .

jom kita ikut cara kita nak hidup ikut cara Nabi ? JOM ! :

Sabda Nabi S.A.W :
" Apa yang dapat aku lakukan pada kehidupan dunia,
dan apa kehidupan dunia dapat lakukan kepadaku .

Sesungguhnya demiNya yang menggenggam nyawaku di tanganNya,
aku dan kehidupan dunia

seperti seorang pedagang pada hari yang panas,
dia berteduh di bawah satu pokok pada waktu tengahari,
kemudian dia beredar . "

(Riwayat Imam Ahmad )

"pedagang ni kerja dia mengembara , dari satu negeri ke negeri yang lain .
takkan datang negeri orang lain nak amik lebih-2 pulak kan ?
ambil apa yang patut jelah kan ? "

tempat asal bagi seorang manusia (roh) , syurga .
bukan di dunia .

jadi , cari cara nak pergi balik tempat KITA .

" life doesn't get easier , we just become stronger . "

*eh , aku 'strong' ke ? 

dan kau patut rasa risau , kalau hidup kau sekarang happy je sentiasa .
eh betul ke apa yang aku cakap ni ?
(Dari Depan : ammar , miqdam , aiman haziq , khairuddin , zaim , Hazim Chelsea)


Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

28 April 2014

Apabila Hati Dikhianati Dadah Dosa


iklan realti dunia sekarang :



dialog syaitan kepada mangsa ketagihan dosa :
"sudah-2lah , tak payah nak hipokrit sangat . 2 hari lepas kau tengok perempuan , semalam kau tengok benda lucah , dan harini kau nak balik pada Allah pulak ? tak payah nak munafik sangat . Allah tahu apa yang kau buat , esok-2 kau buat jugak benda yang sama ."

hasutan syaitan itu
tidak akan berhenti selagi
kita tidak mengikut jejak 'binatang ini' ke neraka .

jika engkau sudah 
ketagih dengan mana-2 dosa
yang bertunjangkan nafsumu .

maka , perkara pertama yang
perlu engkau lakukan
adalah 
kembali kepada Allah .



tiada istilah munafik 
jika engkau kembali kepada Allah 
dalam apa jua keaadaan .

" apabila engkau sudah ketagih dengan dosa yang telah engkau lakukan , 
satu-2nya cara untuk hilangkan ketagih itu adalah dengan Zikrullah ( mengingati Allah ) , dan perbanyakkan melihat , mendengar , melakukan perkara yang halal . 

Lagi banyak engkau melakukan sesuatu perkara , lagi kau jatuh cinta dengan perkara itu . Dan lakukan zikir ini sehingga engkau dapat merasakan manisnya melakukan perkara yang halal . 

dan engkau , insya-Allah , akan tinggalkan 'dunia ketagihan dosa' engkau yang sebelum ini . Dan apabila engkau sudah banyak mengingati Allah , 
engkau akan terkeluar dari 'sangkar' dan 'penjara' Syaitan . 
dan semoga kita kekal dalam melakukan yang halal . "

-Shaykh Hasan Ali-

Full video tentang 'dadah dosa' :




dan aku 
tinggalkan satu hadis
untuk kita renung bersama :

Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah saw bersabda : 
“Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat jika terkena air.” 
Tanya sahabat, 
“Ya Rasulullah, apakah pembersihnya? 
Sabda Baginda, 
“Banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran .” 

( Hadith Riwayat Al-Baihaqi )

" jika engkau merasakan manisnya melakukan perkara yang haram , 
Allah akan mengambil kemanisan dalam perkara yang halal . "

maka bertaubatlah ,
supaya segala perkara yang halal 
akan
terasa manis dihatimu .

kembalilah pada Allah .
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

27 April 2014

Cinta Berbalas


" Ianya sesuatu untuk jatuh cinta . Ianya sesuatu yang lain untuk merasakan seseorang jatuh cinta pada kita, dan merasakan tanggungjawab terhadap cinta itu . "


sangat berbeza apabila

engkau menyintai dan
engkau jatuh cinta .

dapatkah engkau bayangkan ,
betapa bahagianya dirimu 
apabila seseorang yang engkau cinta
sedang
melakukan perkara yang sama 
terhadap kau ?

itulah cinta sebenar .

Adakah kita nakkan cinta dari Allah ?

قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): 
"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, 
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. 
Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ."
( Surah Ali Imran ayat 31 )

:)




*maaf ada tambahan sikit .
"kita beriman kepada Allah , itu istimewa . 
tapi Allah menerima kita , Allah sayang pada kita , 
menerima semua ibadah yang kita lakukan , itu jauh lebih istimewa . 

Kita syok pada seorang perempuan , istimewa tak ? 
kira oklah daripada lelaki lain tak syok dekat dia . 
tapi yang lebih istimewa , kita syok dekat dia , dia syok pulak dekat kita . 
yang itu lebih istimewa . 

kita boleh bagitahu pada orang lain yang "kita suka dekat dia ." 
tapi bila kita dapat tau , dia pulak suka dekat kita ! istimewa tu ! 
itu yang sampai makan tak kenyang , mandi tak basah . 
tak hisap rokok tapi asap keluar . haha . 

bermakna kalau kita nak Allah sayang kat kita . satu je . ikut Nabi Muhammad . "
- ustaz halim hassan -

*ini den tak reti nak translate english , panjang bonar .

#utamakansunnah :)
Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

17 April 2014

Tenggelam

sebenarnya ada benda yang aku nak cakapkan ni .
sebelum tu .

aku nak 'request' sesuatu boleh ?
dengar dan baca , apa yang aku nak cakap ni .

taknak dengar pun takpe . maaf panjang sangat .
-----------------------------------------------------
ANTARA TANDA , KITA INI BERDOSA . 
bukan dosa yang sikit-2 . tapi penuh dengan dosa aw .
antara tandanya ialah :

1. Susah untuk berpuasa pada siang hari . 
Bermakna , kita ni susah sangat untuk berpuasa sunat atau puasa yang wajib .
2. Susah untuk bangun malam a.k.a Qiamulail .
Bermakna , kita ni susah sangat untuk bangun malam melakukan sunat tahajjud .

"apabila sesorang itu sukar untuk melakukan dua perkara ini , itu tandanya dia tenggelam dalam dosa yang cukup-2 banyak . sangat-2 banyak ."
-----------------------------------------------------
ya , tenggelam .
itu yang aku nak sampaikan .

kalau ada di hati kita 'rasa' dengan tanda-2 ini .
mohonlah taubat pada Allah .
kalau ada rasa liat dalam hati dengan dua benda tu .
bertaubatlah pada Allah .

dan kalau kita dah tenggelam
dalam dosa 
maksiat atau bid'ah .

jangan risau .
Allah senantiasa mengampunkan hamba-Nya , 
jika hamba-Nya bertaubat .

malah , Allah sangat suka kepada hamba-Nya 
yang bertaubat kepada-Nya .

seperti dalam riwayat , lebih kurang begini
Nabi pernah mengatakan :

kegembiraan Allah apabila hamba-Nya bertaubat 
diibaratkan 

seperti seorang pengembara yang berjalan di atas bumi yang luas (padang pasir )  bersama kenderaan yang padanya ada , 
makanan dan keperluan pada kenderaan tersebut .

tiba-2 kenderaan tersebut hilang 
dalam sekelip mata .

kemudian pengembara itu 
mati akal atau hilang punca .

lalu dia terjumpa sebatang pokok
dan dia tersandar lalu tertidur pada pokok itu .
lantas saat dia terjaga , di hadapan dia 
ada kenderaannya yang hilang .

Allah , lebih gembira daripada pengembara itu 
jika ada hamba-Nya yang berdosa 
memohon ampun pada-Nya .
------------------------------------------------------
pertolongan Allah itu datang 
tanpa kita duga .

dan bagaimanakah caranya Allah menolong hamba-Nya ?
antara caranya adalah :

Allah mengetuk hati-2 orang di sekeliling kita 
untuk memberikan nasihat kepada kita 
walaupun orang tersebut adalah orang yang kita sendiri tak pernah sangka .

dan nasihat orang itu 
betul-2 bertepatan dan menusuk ke dalam hati kita .
------------------------------------------------------
misalnya , seperti yang berlaku pada seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang guru .

akibat dia dimarahi atas kesalahannya 
di dalam telefon ,
lalu dia berkata kasar dengan orang tuanya .

lalu apabila hendak pulang ,
anak muridnya bertanya :
" cikgu , kenapa Allah datang ujian pada kita ? "

lalu dia menjawab :
" Allah datangkan ujian pada kita kerana itu tandanya , Dia masih sayangkan kita . contohnya , dalam masa kamu turun tangga ni , tiba-2 kamu terjatuh dan kamu masuk ke dalam hospital , lantas kamu jatuh sakit . apabila kamu meminta untuk sembuh , pada siapakah yang kamu minta ? "

anak muridnya menjawab :
" Allah . "

lalu anak muridnya itu berlalu pergi meninggalkan tempat itu .

tetapi ada yang tertinggal di dalam hati dia .
iaitu terkesan dengan soalan yang ditanya .
kerana ia berkaitan dengan apa yang berlaku .

dia berdosa pada orang tuanya .

lantas dia menelefon semula orang tuanya dan meminta maaf atas kesalah berkasar dengan mereka .
----------------------------------------------------------
begitulah pertolongan Allah ,
saat hamba-Nya 
'tenggelam' dalam kenikmatan dosa 
yang menipu .

'tenggelam' dalam lautan maksiat dan bid'ah .
'tenggelam' dalam ilmu yang dirasakan cukup .
'tenggelam' dalam pujian .

dan akhirnya ,
dia leka dengan apa yang dia lakukan .

semoga kita semua dapat belajar .
'berenang' untuk kita sama-2 harungi 
lautan yang agak dalam ini .

supaya kita tidak 'tenggelam' 
lemas .


Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

Copyright© Ilustrasi Nashrul