Walking Words

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

home | tuto | producer | yt

21 December 2012

Sayap Mereka Untuk Kita

( jika anda inginkan suasana membaca diiringi lagu.silakan "play" lagu di atas )

Assalammualaikum. :)

Alhamdulillah.Rasanya dah lama sangat-sangat tak post di blog ni.

Insya-Allah entri kali ini aku nak cerita sedikit pasal ibu bapa kita.Cuba kita tengok atas dan mesti kau rasa pelik dengan tajuk kali ni kan?Apa kaitannya sayap dengan ibu bapa?


Baca dan hayati apa yang cuba aku nak sampaikan.
Pabila seseorang lelaki yang benar-benar cinta kepada seorang perempuan,maka tindakan yang terbaik adalah dengan berjumpa dengan kedua orang tua si perempuan.

Maka berlangsunglah perkahwinan Ibu & Abah kita.Sebuah ikatan atau jalinan yang penuh makna akan lebih bermakna jika deserikan dengan kehadiran ANAK.

Ya.Aku bercakap tetang kita,tentang aku dan tentang kau.Kalau kita sedar bahawa kita ni adalah ANAK.Sepatutnya kita tahu apa yang sepatutnya kita lakukan atau yang lebih tepat tanggungjawab.
Tanggungjawab kita sebagai seorang anak ialah:-
1.Taat.
2.Berbakti
3.Berbuat Baik
4.Menjadi Anak Yang Soleh.

Nampak dengan jelas apa yang telah aku senaraikan?Takda pulak yang negatif kan?semua positif je.Ada kau nampak melawan?menengking?atau tinggikan suara?

"Pulan...OoOo Pulan dah buat belum apa yang ibu suruh tadi??".Pulan membalas "Jap Ibu...".lebih 5 kali ibu si Pulan menyuruh anaknya membuat perkara yang dihajatinya.Pulan membalas"Ala..kejap la Ibu..orang nak habiskan cerita ni dulu!".

Lepas satu,dua cerita yang dilayan oleh si Pulan.
Secara tiba-tiba dan Akhirnya.
Sekejap menjadi lupa.
dan cerita ini berkesudahan dengan Pulan tidak mengendahkan suruhan ibunya.
Tetapi ibunya tidak pernah mengeluh dengan sikap anaknya yang kurang taat itu.

Pernah berlaku pada diri kita?Kalau pernah aku nasihatkan tinggalkan perkara ni.Dan jangan jadikan perkara ni sebagai tabiat kita.

Apa yang perlu buat sekarang ni ialah.buat sesuatu yang boleh menggembirakan hati mereka.Bagi mereka senang melihat kita.Bagi mereka ketawa bersama kita.Ikut apa yang mereka kehendaki.selagi tak menentang syariat.

SAYAP yang aku maksudkan,ialah kebebasan ibu abah kita.Sayap mereka berdua telah diberikan kepada kita dan mereka tak boleh terbang lagi selain menyaksikan kepuasan anaknya.Segala-galanya mereka berkorban semata-mata untuk memastikan kita terlindung.

Kalau kau rasa kau dah Hot.Kalau kau rasa kau dah cantik,hensem,pandai dan bergaya.Jangan sesekali kau lupa jasa ibu abah kita.
Sebab masa kita baby cuba kita bayangkan.

Tepat 3.00 pagi.
kita menangis sekuat hati.sehingga bergegar bumi.
sekaligus mensurprisekan parents kita yang letih bekerja.
menangis kerana mahukan susu.
kerana melepaskan nyah tinja.
Ibu Abah kita yang terjaga pagi itu secara langsung terpaksa.tidak.bukan terpaksa.
dengan penuh kasih sayang membersihkan diri kita.

Wahai anak,hormati dan sayangilah ibu abah kita selagi mereka masih ada.dan selagi kita sentiasa bersama mereka di rumah.
Kerana apabila kita sudah mencecah umur 18 tahun.Kita akan berjauhan dengan Ibu abah kita.
Masa nilah kita nak pergi jalan-jalan dengan Ibu Abah kita.
Masa nilah kita nak tolong mereka.
Masa nilah kita nak ukirkan senyuman di bibir mereka.
Sebab dah besar nanti dah jauuuuh dah dengan ibu abah......

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 
1) Orang yang derhaka kepada ibu bapanya.
 2) lelaki yang dayus. 
3) perempuan yang menyerupai laki-laki."
 (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)
Dan wahai sahabatku.
Ingatlah.

Nabi saw. bersabda, 
"Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." 
(HR al-Hakim)


Ustaz Don Daniel Biyajid "Power Of Parents".

Yours faithfully,

yang baik itu dari Allah jua .

Copyright© Ilustrasi Nashrul